Saturday, October 18, 2014

Kawan vs Sahabat?

Assalamualaikum...

Maaflah dah lama aku tak update entri blog ni. Masa tidak mengizinkan. Hari ini aku rasa ringan lak jari jemariku nak menaip kat ipad ni. Hahaha... Baiklah, mari kita kongsikan kisah tentang, Kawan vs Sahabat? Apakah yang aku cuba sampaikan? Lets...

Antara kawan dan sahabat mempunyai erti kata yang berbeza. Nampak macam sama tapi tak serupa. Apa yang akan aku kongsikan disini datangnya dari aku sendiri.

Aku ada ramai kawan, tetapi aku tidak mempunyai ramai sahabat. Bagi aku tak semua kawan boleh jadi sahabat dan tak semua sahabat boleh menjadi kawan. Sahabat yang aku maksudkan ialah yang memahami cara dan perangai aku. Sedia mendengar dan berkongsi segala cerita serta masalah. Namun begitu, tak semua masalah boleh dikongsikan. Terutama yang terlalu personal.

Buat masa sekarang ni, aku ada beberapa orang yang rapat dengan aku dan layak dipanggil sahabat. Kebiasaannya yang rapat dengan aku adalah yang sekepala dan gila-gila macam aku juga. Dari masa aku diploma kat EDI Melaka dulu sehinggalah kini semasa di AMTIS. Di bawah ni aku kongsikan gambar bersama teman-teman rapat/istimewa, sahabat dan kawan-kawan aku dari dulu, kini dan selamanya.

Jika ada yang terbaca blog aku dan lihat gambar mereka tiada, itu bukan bermakna korang bukan kawan aku, korang tetap kawan aku.. Tapi apa yang aku kongsikan disini adalah mereka yang paling rapat dan mengenali serta memahami aku seadanya. Tak lupa juga untuk mengenang kembali kawan-kawan lama yang masih ada dan telah tiada.

Umairah, geng yang sekepala dan gila-gila macam aku. Dia paling paham aku camne. Kami selalu kongsikan sebarang masalah dan sebagainya bersama. Dia pun dah nak kahwin dah hujung tahun ni.
3 minggu dia cuti tinggalkan aku sebab terkena denggi, alhamdulillah dia dah sihat sekarang.
Ain, kalau dia takde memang tak best. Suka usik dia kadang-kadang. Jangan marah ye Ain.. hehe... Walaupun dia telah meninggalkan AMTIS tapi dia tetap datang bila ada task yang perlu diselesaikan.
Haha.. Ni student praktikal kat opis aku tau jangan salah paham lak, Taufik namanya. Masa ni aku suruh dia drive sebab aku pening kepala dan mata. Aku dah anggap dia macam adik aku dah, sebab aku pun takde adik kan. Dia ni sentiasa tersenyum... Kalau nak marah pun tak jadi... Senyum tu kan sedekah katanya. Dia ni kadang rajin memasak setiap hari bawa bekal ke opis... Esok-esok bawaklah tapau lagi ye! :p
Haha.. Ni gambar kami selfie masa baru pindah ke opis baru. Rajin lak dia edit gambar ni, lawak la dik.. Hehehe... Nanti kita selepie lagi ye!
Tu dia geng Selpiaq sudah mari... hahaha... Ayu, Shirely, Ika, Umai dan aku. Kami pantang jumpa kamera, see? Inilah jadinya. Kamera pun pantang nampak muka kitorang. Hehehe.... Selfie everywhere! :P
Last day intern for Ayie minggu lepas. Takde dah assistant designer aku kat AMTIS. Takpelah... nanti datang lagi ye Ayie.. hehehe..
Bersama teman-teman selepie... Eh ade Biha disitu! Hehehe..
Ainnn.... Nama dia pun Ain juga, ex-praktikal di AMTIS dari UTM Skudai. Sempat singgah opis aritu. Rindu nak lepak sama-sama kat loteng macam dulu. Ops! Loteng?
Adik-adik kesayangan aku yang lama terpisah (chewah!) Nik, Khai dan Boy dari Kelantan dan Kuching. Selama 5 ke 6 tahun (kalau tak silap) kami menjadi seperti adik-beradik baru 2 kali kami ketemu. Sekali di Klang masa anak saudara aku kahwin, sekali lagi masa mereka datang Merdekaraya 2012 di Melaka. Memang sangat happening lepak dengan diorang. Best! 
Kenal macamana? Masa tu layan program AF8, salah seorang finalis Daus AF8 adik si Boy ni. kenal dari FB je.. seterusnya kenal dengan yang 2 orang tu. Entah bila dapat jumpa derang lagi, belum ada rezeki.
Ini pertemuan kali kedua dengan sahabat-sahabat dari team NasyidKini di Melaka. Mereka yang aku kenali sejak tahun 2009-2010 tak silap. En bos Firdausz, cik ketua editor Wardah Safiah dan Airieyahh Aider yang best. Hingga kini, NasyidKini tetap yang terbaik walaupun aku jarang sekali join atau aktif menulis berita. Bukan sengaja tapi masa tidak mengizinkan. Maafkan diriku..... Sob sob sob...
Waa semua kurusnya time ni... Haha.. Bos kecik gua Iwan Reaz Ghazali seorang Writer/ Novelist/ Singer/ Blogger. Ayat copy dari FB dia. 1st time jumpa pada tahun 2011 bersama abangnya Shahrul Azim. Beliau belanja kami (aku dan sorang lagi kawan sekerja aku Digi Supplies dulu) berbuka puasa (selepas waktu berbuka). Bila nak belanja lagi bos? Hehe...
Pertemuan kali pertama team NasyidKini pada tahun 2012 di Alamanda Putrajaya. Masa tu Annur Muhammad ada lagi, kini dia telah pun tinggalkan NasyidKini atas urusan personal beliau, anda semua adalah antara sahabatku yang terbaik dan best.
Ehem... Geng nasyid dari Terengganu, Seedrain jauh datang ke Melaka untuk shooting video klip. Aku sebagai direktor dan photographernya, penat pun tak terasa sebab dapat pengalaman baru di situ. First time aku  sorang handle 1 group nasyid macam ni. Sehari bersama mereka dan orang tu, kenangan yang tak dapat dilupakan. Bila mau ketemu lagi ya? *Wink3
Bekas teman-teman sekerja Digi Supplies. Rimie, Firdaus, David, kak Intan, Teha, Siti dan Lizah. Memang happening bila lepak dengan diorang dulu. Tapi sekarang masing-masing dah berkeluarga dan beranak, cuma tinggal 2-3 orang dalam gambar ni yang masih single.
Mereka semua classmate, batch dan senior aku masa di KLIUC (IUKL sekarang). Diana (course Construction Management) Diyana, Ikram, Imran, Hasbi, Hafiz, Ahmed, Najman, Mahen, Syah (course Network) dan lagi sorang tu bukan kelas aku, so tak ingat namanya, sorry. Masa ni sangat best sebab dah berjaya tamatkan pengajian selama 4 tahun di KLIUC. Alhamdulillah..
Geng 'orang lama' yang telah tiada. Rindukan saat ini, masa diploma dulu, batch Mei dan Julai 2000 EDI Melaka. Semua dah mempunyai keluarga sendiri, dan salah seorang yang berada di dalam gambar ini telah pun kembali ke rahmatullah baru-baru ni akibat denggi berdarah. Alfatihah buat Hamidi Hamid, duduk dari kiri depan sekali (1979-2014). :-(

Ada lagi aku nak share disini tapi aku tak jumpa gambarnya. Sahabat-sahabatku dari IGS College (2004) dan UNITAR Kelana Jaya (2004-2005). Aku tak lupakan korang semua, masing-masing dah bawa haluan dan berkeluarga. Hanya FB sajalah penghubung yang ada dengan korang. Keep in touch ok! (^_^)

Oklah panjang sangat entri aku kali ini rasanya. Tujuan aku untuk menghargai erti persahabatan selama ini. Bukan semua orang boleh dijadikan kawan baik melainkan dia menerima diri dan cara kita seadanya. Kenali diri kita serta memahami. Bukan senang kan? Tak apalah, selagi orang boleh terima diri kita, buat macam biasa. Jadilah diri sendiri bukannya orang lain. Insyaallah... Love u all...

"Remember you are alone, remind yourself that Allah had sent everyone away so that it's only you and him" 

Andaikata kita tiada siapa-siapa pun di dunia ini, Allah itu ada. Sentiasa ada bersama kita. 

-azneeta ateenza-



Saturday, June 14, 2014

Tribute To Ahmad Ammar - R-If

Assalamualaikum...

Entri aku kali ini nak post video muzik lagu favourite aku iaitu Ahmad Ammar nyanyian kumpulan R-If.

Tahniah diucapkan kepada penyanyi AMAR kerana telah berjaya menghasilkan lagu Ahmad Ammar untuk dinyanyikan oleh kumpulan R-If dengan begitu baik sekali. Susunan muzik yang agak moden serta dapat menarik lebih ramai generasi muda untuk mendengar serta mengenali siapakah pemilik nama Ahmad Ammar sebenarnya. AMAR yang ku kenali memang berbakat dalam pelbagai bidang seperti guaman, silap mata dan mencipta pelbagai lagu nasyid untuk dinyanyikan oleh artis-artis nasyid lain. Antaranya yang terbaru inilah tribute to Ahmad Ammar yang dinyanyikan oleh R-If.
Cover Album single R-If Ahmad Ammar | Kredit : R-If
Mula-mula dengar sekali je, tapi bila saudara Azwar R-If poskan CD single tu pada aku, memang dengar tak ingat dunia dah. Asal tengah drive masa nak pergi kerja, mesti aku akan pasang CD tu. Adalah sekali tu kawan aku tumpang kereta sekali, dia tanya ni lagu apa? Lagu rock ke? Hahaha... Biasalah kalau orang yang tak pernah dengar or tak tahu memang akan sangka lagu rock. Takdelah rock sangat bagi aku, ala-ala nasyid rock gitu. Tak kisahlah, yang penting mesej yang nak disampaikan melalui lagu tu. Tahniah R-If!

Oklah aku citer sikitlah pasal lagu ni eh? Kot ada yang masih tak tahu. Lagu ini dicipta khas untuk mengenang kembali Allahyarham Ahmad Ammar yang telah meninggal dunia pada usia yang masih muda kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki pada 2 November 2013.

Arwah merupakan seorang pelajar jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki dan juga merupakan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Ahmad Ammar dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agamanya serta aktif berdakwah demi memperjuangkan agama Islam. Beliau juga pernah menjadi sukarelawan sertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria serta pernah berhasrat untuk mati syahid ketika menyertai misi tersebut.

Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Instanbul. Tanah perkuburan Eyub Sultan juga menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ahmad Ammar hingga Allahyarham menjadi orang Malaysia pertama yang disemadikan disitu.

Itulah serba sedikit tentang Ahmad Ammar yang dapat aku kongsikan disini. Melalui lagu Ahmad Ammar yang disampaikan oleh R-If untuk mengajak generasi muda masa kini supaya mencontohi beliau. Sekian...

Kredit info Ahmad Ammar: MySumber

Ahmad Ammar - R-If

Tika hayat yang tidak dikenang
Tika hidup yang tidak dipandang
Kerana keikhlasan kerana kejujuran
Hanya satu impian keredhaan Tuhan
Hanya satu impian taman syurga

Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kita
Sekiranya Allah Redha
Sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu
Maka itu tidak penting

Biar tak dikenali penduduk bumi
Tapi masyhur di kalangan penghuni langit
Kejayaan hakiki bukan di dunia
Akhirat sana matlamat utama

Ahmad Ammar

Lagu : AMAR 

Lirik : AMAR, Ahmad Ammar

Kredit lirik: R-If

Saturday, June 7, 2014

Mini Reunion ex-Digi Supplies

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, aku kembali semula ke dunia blogger.  Kehilangan sementara selama setahun disebabkan oleh kebizian tertentu. So takleh nak buat apa ler. Hehe...

Tahun ni dah genap 2 tahun aku menjadi seorang graphic designer. Fuhh! Jenuh gak la nak capai ke tahap ni. Tahap apa? Sampai tahap aku dah tak nak jadi designer lagi dah. Bukan apa, aku jenis kalau dah buat satu benda memang aku akan buat giler-giler punya. Tapi kalau dah terlalu banyak aku akan jadi bosan sampai pernah rasa tengok design pun aku boleh muntah. Hahaha.. Yeke? Tapi takdelah sampai muntah betul. Sikit je rase.... huhuhu.... Tengoklah sampai bila aku akan terus design dan design..

Oh ya... aku nak ucap tahniah kat kawan aku Rimie dan Teha yang baru dapat anak pertama Ahad lepas. Semalam aku pergi ke kenduri aqiqah kat rumah derang. Dapatlah jumpa balik semua kawan-kawan sekerja tempat lama dulu iaitu DIGI SUPPLIES. Memang happening bila lepak dengan derang semua... Best..... Kepala pun sama gila-gila lagi macam dulu gak, walaupun ada di antara mereka semua datang bawak anak suami dan isteri masing-masing. Kalau kat tempat kerja aku sekarang tak berapa nak ada yang sekepala pun. Hehe sori ye!

Meh sini aku nak share gambar-gambar di sekitar "mini reunion" kami semalam.





Mereka yang hadir semalam ialah kak Intan, Lizah dan suami, Firdaus dan isteri dan David. Aku datang dengan kakak aku ler macam biasa. Kawan-kawan aku pun dah kira kawan-kawan dia gak. ^_^ .

Ada gak yang bertanya bila lagi? Hahaha... soalan standard yang tepu dan lemau aku dengar dan nak menjawab. No komen la ye.. Hehehe.... tunggu jelah..... 

Oklah ada mood dan story nak share nanti aku post lagi. Tata.... 

Wassalam...

Saturday, June 1, 2013

Cinta Na'illah

Duhai kekasih
Ingin ku tanyakan 
Apa rahsia kasih yang kau julang 
Kerana kasih 

Setiamu terbilang 
Teguh berdiam walau hilang bayang 
Tetap indah warna cinta
Tak dicemar nestapa 

Duhai kekasih 
Ku pinta khabarkan 
Apa rahsia keteguhan cinta
Kerana kasih

Telah kau buktikan 
Walaupun nyawa rela kau taruhkan
Beruntungnya diri Usman 
Didakap kasih Na’illa 

Tika bahagia dikunjung musibah
Tak kau menyerah kalah 
Sehabis daya engkau pertahankan 
Suamimu yang tersayang 

Na’illa kau serikandi cinta 
Tak gentar di hujung pedang 
Hingga putus jemari halusmu 
Tak kau endah walau bermandi darah 

Musuh menyambar suamimu terdampar 
Bingkas kau bangun menghalang
Rebah akhirnya dia yang kau sayang 
Hilang nyawa di pangkuan 

Duhai kekasih
Ingin ku katakan
Sungguh ku kagumi kesetiaanmu 

Kerana kasih
Teguhnya cintamu 
Walaupun datang raja melamarmu 
Tetap mekar bunga cinta
Harum hingga ke syurga


Sunday, May 26, 2013

Kesetiaan Na'ilah Al Farafishah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman yang mengenaliku.. Rasanya dah lama sangat aku tak menulis dan update blog ni. Disebabkan faktor kebizian terlampau kadang-kadang aku tak sempat nak update atau pun kekeringan idea.

Tetapi.. Kali ni aku terasa nak update sebab saja nak share dengan korang kisah seorang serikandi Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Nak tau kenapa dalam banyak-banyak serikandi aku pilih Na'ilah? Kerana aku berminat nak tahu siapakah sebenarnya Na'ilah ni, berdasarkan lirik lagu Cinta Na'ilah nyanyian dari kumpulan Seedrain. Aku ada bertanya pada seseorang, kenapa cam best je lagu tu, katanya silalah google kalau nak tahu. Dan inilah hasilnya, aku jumpa blog yang menceritakan kisah Na'ilah diambil dari buku Riwayat Bidadari Syurga karya Munif Ahmad. Terima kasih kepada tuan punya blog berkenaan. 



Na'ilah merupakan isteri kepada Amirul Mukminin iaitu Khalifah Uthman bin Affan seorang pejuang Islam. Mari kita hayati kisah serikandi ini.. 

  Yang Bijak, Yang Anggun Yang Tegas, Yang Lembut Dirimu Pelengkap Sifat Wanita, Kesetiaanmu Pada Uthman Tiada Tandingan, Wahai Nailah Al Farafishah, Engkaulah Hiasan Sebaik Permata.

Apabila kekandanya Hindun binti Al Farafishah berkahwin dengan Said bin Al Ash, Na'ilah tidak sangka bahawa suatu hari kelak dia akan berkahwin pula dengan Amirul Mu'minin dan mendapat satu fitnah terbesar yang pernah berlaku pada permulaan islam.

Na'ilah binti Al Farafishah adalah seorang wanita yang cukup cantik dan mempunyai nilai akhlak yang tinggi. Dia adalah di antara wanita yang petah berbicara, seorang sasterawan dan juga penyair.
Keistimewaan Na'ilah ini telah disampaikan oleh Said bin Al Ash kepada Khalifah Uthman bin Affan. Tanpa berlengah lagi Khalifah Uthman telah mengutus surat kepada Said dan memintanya supaya meminang Na'ilah bagi pihaknya. Maka Said pun melaksanakannya. Tidak lama kemudian, perkahwinan antara Na'ilah dan Khalifah Uthman pun berlaku. 

Na'ilah adalah seorang wanita yang tinggi lampai dan berkulit cerah. Dia sungguh setia dan taat kepada suaminya. Oleh kerana dia mempunyai pandangan dan pentadbiran yang baik, maka Khalifah Uthman sentiasa meminta pendapat dan fikiran darinya dan kemudian membandingkannya pula dengan pendapat dirinya sendiri. Na'ilah juga mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam rumahtangga Khalifah Uthman, di mana isteri-isterinya yang lain tidak mendapat keistimewaan sepertinya. 

Khalifah Uthman bin Affan r.a diberi gelaran "dzun-nurain" yang bermaksud orang yang diberikan dua cahaya. Ini kerana Khalifah Uthman Pernah berkahwin dengan kedua-dua puteri Rasulullah SAW iaitu Ruqaiyah dan Ummi Kalthum namun kedua-duanya telah meninggal dunia. Merekalah yang bertanggungjawab meletakkan Khalifah Uthman kepada kedudukan yang teristimewa di dalam Islam. 

Meskipun Na'ilah bukan dari golongan wanita-wanita Quraisy, namun dia mempunyai kelebihan di dalam kecantikan, kebijaksanaan akal, kepetahan bertutur dan kematangan fikiran. Maka sebab itu dia telah dikahwinkan oleh saudaranya Adh-Diab bin Al Farafishah kepada Khalifah Uthman dan segala keistimewaan yang dimiliknya, Na'ilah telah mendapat kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada wanita muslimat yang lain. Pengaruhnya kekal hingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah. 

Namanya mula diperkatakan di dalam sejarah islam semenjak peristiwa yang menyaksikan pembunuhan ke atas suaminya Khalifah Uthman bin Affan. Sejak itu, dia telah mengalami pelbagai peristiwa pahit sepanjang hayatnya. 

Semasa hayatnya bersama Khalifah Uthman r.a, Na'ilah telah menjalani hidup yang penuh penghormatan terhadap suaminya. Dia begitu ikhlas dan sentiasa berada di sisi suaminya di dalam segala hal. Malah dia telah mempertahankan keselamatan suaminya dengan jiwa raganya. Ketika fitnah melanda dan rumahnya telah dikepong oleh pemberontak, dia kekal berada di sisi suaminya dan menahan segala pukulan pedang dengan tangan dan tubuhnya sebelum pukulan itu terkena pada Khalifah. 

Suatu ketika, salah seorang pemberontak sedang menghayunkan pedangnya untuk menyerang Khalifah Uthman. Serta merta Na'ilah menahan pedang itu dengan tangannya sehingga terputus jari jemari Na'ilah oleh tetakan itu. Na'ilah terus menjerit meminta tolong. Lalu seorang pengawal Khalifah bernama Rabbah segera datang membantunya dan membunuh pemberontak itu. Datang pula pemberontak yang kedua dan sekali lagi Na'ilah segera menahan pedangnya itu dengan tangannya, namun pemberontak itu dapat juga menusukkan pedangnya itu ke perut Khalifah Uthman dan membunuhnya.

Setelah membunuh Khalifah Uthman, pemberontak itu cuba melarikan diri. Na'ilah mengejarnya sambil menjerit, " Amirul Mu'minin dibunuh orang! Amirul Mu'minin dibunuh orang!", Sedangkan pada ketika itu darah masih mengalir dari jari-jemarinya.

Orang ramai yang sedang membenteng rumah Khalifah Uthman di luar segera memasuki rumahnya. Di antara mereka ialah Al Hassan dan Al Hussain, putera-putera Ali bin Abu Talib. setelah memasuki rumah itu, mereka mendapati Khalifah Uthman telah mati dibunuh dan mayatnya telah dipotong-potong. 

Berita kematian Khalifah Uthman dibunuh pemberontak telah tersebar begitu luas cepat sekali di seluruh Kota Madinah. Orang ramai merasa amat duka cita. Bahang fitnah telah mula dirasai dan tiada siapa yang tahu bagaimana untuk menjauhi peristiwa hitam ini dari terus berlaku. Sesungguhnya detik hitam ini telah membayangi setiap diri kaum Muslimin ketika itu. Sejak itu, Na'ilah telah memainkan peranannya dengan mengubah hala tuju gerakan islam sesudah itu. Tanpa membuang masa lagi, Na'ilah segera mengutuskan surat kepada Mu'awiyah bin Abu Sufyan dan memberikan peringatan mengenai firman Allah SWT yang bermaksud :

 وإن طائفتان من المؤمنين اقتتلوا فأصلحوا بينهما فإن بغت إحداهما على الأخرى فقاتلوا التي تبغي حتى تفيء إلى أمر الله فإن فاءت فأصلحوا بينهما بالعدل وأقسطوا إن الله يحب المقسطين "

Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mu'min berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu melakukan penganiayaan terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali ( kepada perintah Allah ), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." ( Al Hujuraat : 49 : 9 ). 

Na'ilah telah mengutus surat itu berserta pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Setelah itu diikatkan segumpal janggut Khalifah yang dicabut dari dagunya oleh Muhammad bin Abu Bakar pada butang baju itu. Dia juga telah mengirimkan kelima-lima jari-jemarinya yang telah terpotong. 

Di dalam utusannya itu juga diceritakan detik-detik peristiwa pembunuhan Khalifah secara terperinci seperti yang disaksikan sendiri oleh Na'ilah dan bagaimana rumah Khalifah Uthman dikepung siang dan malam tanpa sedikit pun bekalan yang diberikan hatta sedikit air. Mereka telah mengepung rumah itu selama 50 hari dan melemparkan batu dan panah sehingga tiga dari penghuni rumah itu terbunuh. Namun Khalifah Uthman tetap melarang pengawal-pengawalnya dari memerangi para pemberontak itu. 

Ini semua masih berlaku meskipun Abdullah bin Az Zubair telah mengeluarkan satu perintah yang bertulis supaya tidak seorang pun yang melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Khalifah Uthman. Namun masih ada diantara mereka yang meningkari perintah itu. Mereka telah memasuki rumah Khalifah Uthman dengan diketuai oleh Muhammad bin Abu Bakar lalu mencabut janggutnya, memukul kepala dan menikam dadanya sebanyak tiga kali. 

Kemudian mereka memukul kuat dahinya dan mengelarnya dengan pedang mereka sehingga luka-luka, padahal Khalifah Uthman masih hidup ketika mereka melakukan perkara ini semua. Tidak cukup dengan ini sahaja, mereka juga cuba untuk memotong kepalanya. Namun dapat ditahan oleh Na'ilah dengan puterinya Syaibah bin Rabi'ah. Kemudian mereka memijak-mijak kedua beranak ini lalu membunuh Khalifah Uthman. 

Setelah Khalifah Uthman terbunuh, tiada seorang pun yang berani untuk memandikan mayatnya. Na'ilah lalu mengutuskan orang kepada Hutaitib bin Abdul Uzza, Jubair bin Muth'im, Abu Jahm bin Huzaifah dan Hakim bin Hizam untuk menguruskan jenazah suaminya. Namun mereka berkata bahawa mereka tidak dapat melakukannya ketika siang. Oleh itu, pada malam itu, di antara Maghrib dan Isya' mereka telah menguruskan jenazah Khalifah Uthman dan disembahyangkan oleh Jubair bin Muth'im. Kemudian dikebumikan jenazah itu di tanah perkuburan Baqi'. Na'ilah telah mendahului jenazah suaminya sambil membawa bersamanya sebuah kampu kecil untuk menerangi kegelapan malam.

Sesudah pemergian Khalifah Uthman, api fitnah masih tetap menyala dan telah mengakibatkan kematian beribu-ribu manusia. Ia juga telah mengakibatkan persengketaan di antara Saidina Ali bin Abu Talib dengan Mu'awiyah bin Abu Sufyan, ditambah pula dengan api fitnah yang dinyalakan oleh Aisyah r.a. Bertambah semaraklah api fitnah itu sehingga berlakunya perpecahan dan berpuak-puaklah umat islam ketika itu. 

Baju Khalifah Uthman dan jari jemari Na'ilah telah digantungkan di atas mimbar-mimbar masjid untuk menaikkan kemarahan orang ramai supaya mereka memberontak. Na'ilah merasa amat sedih dan menangis terus-menerus setiap kali mengenang hal ini.

Na'ilah telah dipinang oleh Mu'awiyah. Namun, Na'ilah telah menolaknya. Dia kemudian telah mematahkan gigi-giginya supaya dia kelihatan begitu hodoh sekali sehingga tiada satu lelaki pun yang akan berkehendak kepadanya. 

Na'ilah tidak berkahwin lagi sesudah kewafatan Khalifah Uthman. Walaupun Khalifah Uthman telah wafat, dia tetap setia kepadanya. Dia telah mengatakan : " Demi Allah, aku tidak akan membenarkan lelaki lain menjamahku, di tempat yang dijamah oleh Uthman sama sekali." 

 ** Wallahu'alam... **


Saturday, December 15, 2012

Drama Warkah Cinta Episod 1-12

Assalamualaikum....
Kali ini aku nak share entri drama Warkah Cinta untuk sesiapa yang tidak berkesempatan menontonnya di TV. Selamat menonton... :-)

Episod 1
 Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12 (akhir)


Kredit kepada: Saudara Fauwaz Mohamed

Wednesday, December 12, 2012

Warkah Cinta Berbau Syurga

Assalamualaikum....
Kali ini aku nak kongsikan video muzik dari drama bersiri Warkah Cinta yang kini sedang bersiaran di TV AL-Hijrah. Lagu ini di cipta oleh Bazli UNIC manakala liriknya pula ditulis oleh Ustaz A. Ubaidillah Alias.
Di dalam drama yang diadaptasikan daripada novel Warkah Cinta Berbau Syurga hasil tulisan Ustaz A. Ubaidillah Alias ini, watak utamanya telah dilakonkan oleh Imam Muda Nazrul sebagai Amir Mukhlis, Heliza Helmi sebagai Wardah.

Novel ni aku dah lama beli kira-kira beberapa tahun dahulu, tapi tak sangka pula ianya di "drama" kan. Memang bestlah cerita dia tak rugi beli novel dan follow drama ni. Ia disiarkan pada setiap Selasa hingga Khamis jam 8.30 malam di TV Al-Hijrah.
Sinopsis tentang cerita ni terlalu panjang untuk saya post kat sini tapi  korang semua bolehlah baca di blog Ustaz A. Ubaidillah Alias untuk mengetahui lebih lanjut mengenai drama dan novel ni.
Selamat menonton dan menghayati lagu Warkah Cinta Berbau Syurga di bawah ini..... :-)
Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan 
takkan pernah tewas dengan kekerasan]

Cintaku ini...

Lagu: Bazli Unic

Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias
Studio Rakaman : Unic
Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.

I'm Back!!!

Hai assalamualaikum semua!! I'm back!! Haha! Lama giler aku tak jenguk blog lejen aku yang berkurun lama ni kan? Busy sungguh nak...