Wednesday, December 12, 2012

Warkah Cinta Berbau Syurga

Assalamualaikum....
Kali ini aku nak kongsikan video muzik dari drama bersiri Warkah Cinta yang kini sedang bersiaran di TV AL-Hijrah. Lagu ini di cipta oleh Bazli UNIC manakala liriknya pula ditulis oleh Ustaz A. Ubaidillah Alias.
Di dalam drama yang diadaptasikan daripada novel Warkah Cinta Berbau Syurga hasil tulisan Ustaz A. Ubaidillah Alias ini, watak utamanya telah dilakonkan oleh Imam Muda Nazrul sebagai Amir Mukhlis, Heliza Helmi sebagai Wardah.

Novel ni aku dah lama beli kira-kira beberapa tahun dahulu, tapi tak sangka pula ianya di "drama" kan. Memang bestlah cerita dia tak rugi beli novel dan follow drama ni. Ia disiarkan pada setiap Selasa hingga Khamis jam 8.30 malam di TV Al-Hijrah.
Sinopsis tentang cerita ni terlalu panjang untuk saya post kat sini tapi  korang semua bolehlah baca di blog Ustaz A. Ubaidillah Alias untuk mengetahui lebih lanjut mengenai drama dan novel ni.
Selamat menonton dan menghayati lagu Warkah Cinta Berbau Syurga di bawah ini..... :-)
Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan 
takkan pernah tewas dengan kekerasan]

Cintaku ini...

Lagu: Bazli Unic

Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias
Studio Rakaman : Unic
Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.

1 comment:

  1. Salam. Betul ke anda dah hbs baca novel ni?. Sy bukn pembaca novel malah saya ad bbrapa novel yg dihadiahkn kpd sy yg tdk sy baca. Sejak menonton drama ini, tiba-tiba sy tertarik utk mmebca novel ini. Sibuk dgn kerja, part time mngajar + study membuatkn sy tiada masa utk membca novel & adakala tiada masa utk menonton. Sy sgt eager & curiosity psl ending story niyh. Klau x kisah, blh kongsikan endingnye....plzzzz

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda Ye! (^_^)v

I'm Back!!!

Hai assalamualaikum semua!! I'm back!! Haha! Lama giler aku tak jenguk blog lejen aku yang berkurun lama ni kan? Busy sungguh nak...