Saturday, April 25, 2015

Ideal ke Aidil?

Haha... Mana-mana pun sama je... Ops... Assalamualaikum semua... Aku kembali menulis....  Cerita apa? Siapa Ideal a.k.a Aidil? Jap aku baru nak tulis..... sedikit mengenai Ideal @ Aidil, entri 'terobek' aku yang ke berapa tah.... layan... 

Ideal ni sebuah kumpulan nasyid yang dah lama gak aku kenal, sejak time aku diploma lagi kira-kira tahun 2000-2001 aku dah tau pasal Ideal. Masa tu, Ideal semua pun muda remaja lagi kan... Tapi semua tak kenal aku lagi kot... Hahaha.. Diorang pemes dengan lagu Sembahyang dan Bukalah Hatimu. Zaman tu CD aku x berapa nak ada lagi, kaset aku adalah dan siap dapat free dari IkimFM sebab menang jawapan kuiz. Time tu aku rajin  kot nak calling-calling IkimFM, sekarang segan lak. 

Muda remaja sey Ideal dulu... tapi yang sorang tu aku tak berapa  kenal...

Ideal pada awalnya terdiri daripada Fadzli (masih kekal sampai sekarang), Jasminor @ Jas (pun sama maintain), Syamsul (dah keluar dari Aidil) dan Hanafi (pun keluar gak). Masing-masing ada komitmen lain agaknya. Semua berasal dari Melaka dan belajar di IPT tempatan. Tak ramai penasyid dari Melaka yang aku tau dan aku kenal selain Aidil.. 
Album pertama Ideal Bukalah Hatimu
Single Cuba dalam album ni bersama single-single artis lain edaran Arteffect.


Ideal muncul dengan album pertama pada tahun 2004, lepas senyap seketika dalam beberapa tahun sebelum muncul kembali dengan single Cuba dalam album 12 Cinta terbitan Arteffect, dan album Cuba pada tahun 2011 kalau aku tak silap. Lagu Cuba pernah menjadi OST Keranamu Laila di TV3 dan Ku Yakin Berlaku OST KU Yakin Berlaku di astro Oasis.

Dari kiri: Shah, Syamsul, Hafrul, Fadzli dan Jas

Ok, itu cerita asal usul Ideal yang aku tau dan kalau tak silap ler... Kalau ada info yang salah sori ye bos! Kini, mereka telah bertukar menjadi Aidil pulak. Masih mengekalkan Fadzli dan Jas sebagai ahli asal, pertukaran ahli baru masuklah Shah dengan Hafrul pulak. Anyway, lepas aku kenal diorang ni, Fadzli dan Jas kahwin dua-dua aku pergi. Nama pun orang Melaka kan, rumah Fadzli @ Pal dekat je ngan rumah aku, Jas kat Alor Gajah.. Tu yang aku dapat gi tu....

Fadzli-Atin wedding, aku tak bergambar masa ni sebab aku tak pi pun tegoq dia... hehehe...
Aku jumpa mereka di wedding Fadzli Pal, Pyan Saujana dan Sham Allone, sebab makan pun semeja.

Di majlis perkahwinan Jas-Niena kat Gadek, Alor Gajah.
Sembang masa wedding Jas sebelum Aidil menyanyi bersama pengantin.
Lepak sat dalam bilik VIP kat Mydin MITC semasa show Ramadan 2012

Diorang memang happening, slumber dan gila-gila. Kalau lepak ngan diorang macam lepak ngan kawan-kawan bukan sebagai retis sangat pun. First time lepak masa Aidil jadi tamu jemputan MelakaFM beberapa tahun lepas. Malam tu Shah datang jemput aku kat rumah, jumpe Pal dan Jas kat sana terus. Aku sekali masuk dalam konti tu, siap bersila lagi aku dalam konti tu tengok derang live on air. Aku kan admin derang (sangat) Huhu.. Masa tu jugak aku kenal dengan DJ Asrul MelakaFM, yang lepas dari tu memang selalulah contact dia untuk masukkan retis-retis nasyid. Habis on air malam tu kitorang gi makan tak jauh dari area MelakaFM tu dan lepak sembang sampai balik.

Aidil bersama DJ Ain dan DJ Asrul... 
Aidil live on air di konti MelakaFM 2013
Di luar konti sebelum balik.... 
Alololo.... manje bebeno si Pal nih... hahaha
Posing itu pasti....
Lepas on air tu kami pi makan kat kedai tak jauh dari MelakaFM, dekat je dengan rumah aku. Hehehe.. 
Aku ngan Shah je makan sebab yang lain dah makan sebelum ke konti.
Lagu Jalan Cintaku single baru Aidil best kot. Video klip pun best.. Layan jap....



Last jumpa Aidil tahun lepas kat PICC Putrajaya masa ANI 2014. Tu pun dapat jumpa jap je sebab aku masuk dewan tu dengan kumpulan nasyid lain. Airieyahh Aider yang masuk dengan Aidil sebab Jas x dapat join. Psst: Cik Airieyahh ni orang kuat Aidil gak... kitorang tetibe jadi admin diorang..... Malam tu sempat je jumpa dan bergambar jap... Hehehe...

Tadaaaa.... Ni baru complete group Aidil & Admin (Airieyahh Aider & Azneeta Ateenza) di PICC, tapi x cukup korum sebab Jas x dapat join malam ANI 2014.
To Aidil, all da best korang dalam industri hiburan mendidik jiwa ni dan tahniah untuk lagu Jalan Cintaku masih kekal dalam Carta Nasyid IkimFM. Cepatlah keluarkan single seterusnya pulak beb! Cc: Pal

I'm Back!!!

Hai assalamualaikum semua!! I'm back!! Haha! Lama giler aku tak jenguk blog lejen aku yang berkurun lama ni kan? Busy sungguh nak...