Saturday, March 28, 2015

Iwan Reaz | Siapakah Beliau?


Assalamualaikum..
Entri kedua aku untuk tahun 2015 ni. Kali ni aku nak share pula tentang seseorang yang aku kenali beberapa tahun dulu, tahun 2008 tak silap. Beliau adalah saudara Iwan Reaz atau nama sebenarnya Ridzuan Mohd Ghazali. 
Masa aku kenal dia dulu daripada group Toi FC. Time tu aku rajin berforum berdiskusi dengan geng abang Toi AF6, bermula dari situ aku kenal dengan Iwan Reaz, atau nama glamer dia dulu Iwanskem. Haha... Ingat lagi tu... zaman tu ber 'yahoo messenger' jelah ngan Skype. Telah lama aku tinggalkan semua itu... sob sob sob...
Beliau seorang yang peramah, ceria, sentiasa bersedia untuk melayan peminat-peminatnya di FB mahu pun di luar. Macam mana aku tau? Tau lah sebab kalau time aku sembang dengan dia di alam maya, mesti dalam masa yang sama dia sedang melayan peminat secara online juga. Sempoi je..  tapi tu beberapa tahun dulu la aku rajin ber'chat', tapi sekarang jarang chat, malas dah. Whatsapp kan ado.. x main la YM semua bagai. Hahaha... Dan beliau juga pandai memasak, ops! Tercakap pulop! Hahaha maaf bos.. maafkan daku.... bukan pe, dia masa kat oversea dulu selalu citer masak macam-macam. Aku yang dengar ni terliur jela. Hehe... Selain itu, tiap hari Jumaat dia dan kawan-kawan selalu berpijer. Apakah ia? Pizza la.... Hehehe... 
Bos jangan marah ea wa cilok sket gambar-gambar bos kat FB dan sikit dari simpanan wa. Hehehe...throwback jap!

Iwan dengan novel pertama Melodi Hati serta single pertama Itulah Impianku duet bersama Wan Shah
Setakat ni aku rasa ler, semua buku dia aku ada kot. Melodi Hati, Brrr...Sejuknya Salji, Hazim, Aizat dan Muzik, Diari Untuk Ibu, Goodbye New York, Illusi Philly dan yang latest Suara Tanpa Bahasa.





Ni antara buku-buku yang aku ada. Ada yang bos bagi, ada yang aku beli. Tengok keadaanlah. Hehe... 
Iwan merantau untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Sains Aktuari di Philadelphia, Amerika Syarikat. Masa beliau berada di sana, bidang penulisan tak pernah ditinggalkan, aku tahu sebab dunia dihujung jari kan, so bila-bila masa je kami akan sembang share perkembangan isu semasa, sebab aku kan Cik PR...merangkap designer beliau. Apa-apa je kerja yang aku buat yang berkaitan sewaktu dengannya adalah secara freelance, part time... sebagai hobi dimasa lapang. Hehehe...
Shahrul Azim (arwah), Iwan dan aku di Kenny Rogers Roasters di AEON Bandaraya Melaka

Yezza.... inilah buku pertama yang dia hadiahkan kat aku, selebihnya yang lelain aku beli sendiri. !st time jumpa masa ni.. thanks bos!

Kemudian, adalah beberapa kali aku jumpa Iwan ni.. Tpi tak ingat masa bila yang 1st time jumpa. Pernah berbuka puasa sama (ekceli makan-makan selepas berbuka) di Kenny Rogers AEON Jusco. Masa tu dia datang dengan arwah abang dia Shahrul Azim, siap jemput aku di rumah lagi. Arwah meninggal tahun lepas akibat penyakit meningitis. Alfatihah... Terasa sekejap aku mengenalinya...... Malam tu, kami makan berempat, kawan aku dah tunggu di Jusco tu. Yelah segan la aku sorang je gi ngan diorang. 


Depan MPH Alamandaa dengan editor NK yang cutest, Airieyahh Aider dan Iwan

Next, aku jumpa bos aku ni lagi dekat Alamanda, Putrajaya. Kali ni sebab ada meeting team NasyidKini kat situ. Iwan datang dengan kawan dia, aku dengan kakak dan kawan aku. Kitorang lepak kat AnW Alamanda. Bila jumpa team NasyidKini, iaitu Airieyahh, Firdausz, Wardah dan Annur kami meeting di Old Town White Coffee lak.

Sesi interview.... eh! Haha             
Sebagai seorang selebriti haruslah sain buku yang peminat beli kan... hehe...

Kali ketiga aku terjumpa lagi dengan Iwan masa Anugerah IkimFM di PICC. Masa tu dia tengah tunggu kumpulan Fine, aku lak tengah tunggu kumpulan Seedrain. Masing-masing datang secukup masa untuk masuk dewan, tu yang sempat selfie jap sementara menunggu. Penat weh menunggu.... 

Cakkk! Bos malu-malu nak selpiaq ngan aku, yela dah bertahun tak ketemu kan.. hehehe... sori bos..

Kesimpulannya, Iwan Reaz yang aku kenali sejak zaman muda dulu sehingga kini adalah seorang yang berbakat dalam bidang penulisan dan pelbagai bidang lagi, dan dulu aku pernah terfikir nak jadi penulis macam dia tapi aku selalu je takde idea nak tulis so aku lupakan je. Aku pun jadilah seperti apa yang aku jadi sekarang. Dan buat #boskuyangkacak hahaha.... Teruskan menulis lagi banyak-banyak buku yang best nanti jual murah-murah dengan wa. Kalau nak hadiahkan pun boleh.. Haha...adios!



2 comments:

  1. Terima kasih buat posting tentang saya.
    Sebak pula lihat ada gambar arwah bersama :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 bos..... hanya tuk throwback sahaja... betul tu.. mmg agak sedih nk post tentang arwah tapi itu je la kenangan yg ade bersama beliau....... sob3....

      Delete

Sila Tinggalkan Komen Anda Ye! (^_^)v

I'm Back!!!

Hai assalamualaikum semua!! I'm back!! Haha! Lama giler aku tak jenguk blog lejen aku yang berkurun lama ni kan? Busy sungguh nak...