Sunday, February 1, 2015

#Throwback: Suatu Hari Di Laman Seni SS 7 Shah Alam [24 Januari 2015]

Assalamualaikum uols....
Aku kembali dengan entri #throwback pula kali ini. Minggu lepas punya cerita daa.. Masa tu aku follow abang dan kakak ipar aku ke Shah Alam untuk Konsert Malam Cinta Rasul Daqmie.

Kitorang gerak dari Melaka lebih kurang jam 3 petang dan sampai Shah Alam dalam kol 5 lebih gitulah. Masa baru sampai tu aku saja check in kat ig yang aku ada kat Shah Alam. Anak sedara aku terbaca lak tu, ape lagi terus dia call aku ajak kitorang minum-minum lepak dulu kat area Jakel. Dah memang nak gi Jakel pun, hujan gak time tu tapi tak berapa lebat so boleh redah je. Kitorang gi makan kat Restoren Jemari tak jauh dari Laman Seni tu. Boleh dengarlah team Nasyeed.com tengah sound check masa tu. 

Baby Dhia dengan kak ipar aku dan Ammar

Habis je makan terjumpa Aizat lak singgah jap kat Jemari tu, so dapatlah jumpa sekejap sebab dia nak rushing ke show Hufaz kat Bangsar. Shaiful Mestica pun ada masa tu tapi dah bertahun tak contact mesti dah tak kenal aku dah. 
Cakk! Dengan Aizat, tu anak Epul Mestica kalo x silap. Hehe

Adik-adikku Khai, Boy dan adik Khai pun datang makan kat situ sebab diorang dari KPJ Klang je so dekat la nak singgah jumpa aku. Ekceli derang nak singgah jap je sebab dengan baju kerja datang situ, tapi aku tahan tak bagi balik sebab 5 tahun sekali baru jumpa baq hang. Kesian derang, stay sampai abih konsert kot... Thanks korang! Muah!

Petang tu kitorang (aku, kak ipar, abang aku dan anak dia) gi jalan-jalan ke Butik Suci By Yatt Hamzah (SBYH) kat seberang Jakel tu. Kebetulan aritu grand opening butik kat Shah Alam. Adik bertiga tu tak follow sebab derang baru nak makan. Pastu baru jumpe balik. Aku sorang je shopping kat butik tu sebab yang lain dah kepenatan menapak dari Jemari ke butik. Jumpe Yatt buat kali ketiga, peramah sungguh  dia melayan customer yang datang, mestilah kan? Dapat jumpa kak Iman sekali yang best tu! Kakak kepada retis Muadz Dzulkefly. So bergambar tak pernah dilupakan. Acara wajib tu.. Hehehe...
Kak Iman Dzulkefly dan Yatt yang best!

Posing beramai-ramai sekali dengan abang, kak ipar, Ammar , kak Iman dan Yatt.

Selesai shopping huha huha kat SBYH tu kitorang gerak ke Jakel lak, then jumpe balik my adik-adik. Selpiaq sat!
Tu dia mai dah selpiaq nya.... Boy pakar selpie... I folo jer.. Haha..
Kemain skema lagi dengan kemeja Khai, ops lupe baru balik keje kan...


Lepas Maghrib, kami semua lepak kat Laman Seni tu, tapi aku dengan Khai, adik dia dan Boy je yang lepak dulu sebab kak ipar ngan abang aku gi amik barang kat keta. Kitorang cop tempat duduk dulu, hambekk paling depan baq hang. Boy dengan adik Khai g lepak dalam keta kot derang penat barangkali ngantuk. So Khai teman aku walaupun tempat penonton diasingkan lelaki perempuan. Dok atas tikar je beramai-ramai. Khai dok ngan abang aku la apa lagi. Nik pun sampai lambat dengan awek dia. Nik pun geng adik aku gak. 


Konsert dimulakan oleh Muadz dengan lagu Stand Up dan apa tah satu lagi lagu. Aku tak rekod masa ni sebab tak berapa nak depan sangat duduk. 
Muadz sedang beraksi di pembukaan

Masuk Mestica je baru kami gerak penuhkan depan. Mestica mulakan dengan lagu Arus Ini, Layar Keinsafan dan Badar 313. Best kot, sebab dah lama giler tak nampak kemunculan Mestica dimana-mana. Ada aku rekod lagu Layar Keinsafan dan Badar 313, nanti cari kat youtube ye... Masa Muadz x dan rekod sebab dok agak kebelakang, jauh sikit. Huhu...

Mestica in da house! Terbaek toqq!

Setel semua show pembukaan, Daqmie pun muncul dengan kisah-kisah teladan Rasulullah bersama seorang Dr. yang aku tak ingat nama dia. Sempoi tapi padat dengan mesej serta selingan lagu, muzik dan selawat Daqmie.
Daqmie sedang membuat persembahan bersama Master Hazil


Hampir sejam persembahan barulah Daqmie menyampaikan beberapa buah lagu beliau antaranya, Wajahmu, Alwarith, Bertemu Denganmu, Yang Terindah, Tangisan Sebatang Tamar (paling best). Aku tau cuma lagu Tangisan Sebatang Tamar dengan Yang Terindah je sebenarnya. Lagu lain tu semua aku baru tau baru ni dari geng Daqmie (main gitar sebelah kanan) yang komen dekat video yang aku upload di youtube, sebab aku tak letak nama lagu. Maafkan saya sebab malam tu tak alert. Haha..

Lagu rock kot masa ni..


Selpiaq lagi dengan Yatt Hamzah


Cakk! Masa tengah konsert dia datang lambat terus dok sebelah aku dengan anak dia. Haha apa lagi, selpiaq lagi la beb! Jangan jeles!

Okay.... Selesai konsert, bergambar banyak-banyak dulu sesama sendiri dan dengan siapa yang dijumpai ketika itu, sementara tunggu geng alumni sekolah Daqmie berkumpul. Nah! Layan jap.... zass...

Tu dia big boss NasyidFM dan NasyidKini yang osem a.k.a bos aku gak. cc : DJ Firdausz

Ustaz Erwan @ DJ Erwan IkimFm yang pemes

Dapat gak diorang bergambar dengan Daqmie kan...

Selpiaq berjemaah sebelum diorang semua balik.. Jomla lepak lagi uols! T____T

Puas bergambar sembang bagai, Geng Comelicious pun balik dulu, kesian penat melayan aku kot sampai Khai mata dah rabak mengantuk tak cukup tido barangkali. Pastu aku follow la geng Daqmie ni pulak. Kitorang gi lepak mamak Khalifah depan ss7 tengah malam tu dengan team Nasyeed.com.
Ramai lak geng nasyid yang ikut sekali. DJ Erwan IkimFM, otai nasyid Ito Lara, Razin 'tokjeng' Mestica pun ado, Aizat Hufaz (singgah jap sebab tak abih lagi keje kemas barang konsert), Alkautsar (malam tu aku lom kenal dia tu sape,  baru tau aritu.. sori ye.. Walaupun dok sebelah je). Boleh tahan la aku kena bahan malam tu ngan derang... Bahan ape? Ade lew.. Sabau jelah. Huhuhu...
Lepak sokmo deh dengan Razin Mestica (terlindung belakang aku), Ito Lara, Ustaz Erwan, Alkautsar dan Aizat

Geng besday Januari alumni sekolah Daqmie

Daqmie with Ammar

Lepas makan malam tu kol 2 kami pun geraklah balik Melaka, sampai umah dalam kol 3.30 pagi. Fuhh... Happening baq hang hari tu, aku suka join event camni lagi kalau berkesempatan. Kesimpulannya, untuk Konsert Cinta Rasul Daqmie ni aku bagi 5 bintang sebab show yang sangat santai tapi berisi dengan pelbagai tazkirah dan lagu-lagu ketuhanan serta mendidik jiwa. 




1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa, Atlantic City - KTM Hub
    Borgata Hotel Casino & 남원 출장마사지 Spa. 1 Borgata Way. Atlantic City, NJ 안성 출장샵 08401. Get 제주도 출장샵 Directions. 4/10/2022. 광주 출장마사지 Show Reviews. 광양 출장마사지 Hours. From $25

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda Ye! (^_^)v

I'm Back!!!

Hai assalamualaikum semua!! I'm back!! Haha! Lama giler aku tak jenguk blog lejen aku yang berkurun lama ni kan? Busy sungguh nak...