Saturday, November 29, 2014

VOICE OF MEN Yang Ku Kenali

Assalamualaikum....

Untuk mengisi masa yang tak berapa lapang ni, aku nak share sikitlah mengenai satu kumpulan ni. Dulu aku tau pasal mereka ni pun dari program realiti TV9 iaitu Akademi Nasyid. Ooo lupa lak nak sebut nama kumpulan, VOICE OF MEN. Ingat lagi tak? Oklah seringkasnya aku story sikit la pengenalan VOICE OF MEN ni.

VOICE OF MEN terdiri daripada 5 orang ahli yang erm... not bad boleh tahan la orang-orangnya. Hehehe.... Mereka ialah Akem, Lutfi, Fath, Yus dan Arif. Aku takdelah kenal kesemua diorang ni, gitu-gitu je tapi cuma biasa gak contact dengan Lutfi or Fath untuk interview NasyidKini. Segan lak dengan yang lelain tu. Heee... Kesemua mereka ni dulu student UTM Skudai, JB. Power-power baq hang.. hahaha...
Dari kiri: Fath, Lutfi, Akem, Yus dan Ariff.

Dulu kemunculan mereka dengan nasyid, kini dah lebih kepada konsep kontemporari, nasihat, ketuhanan dengan irama muzik moden dan yang penting mesej yang nak disampaikan melalui lagu. Pakaian pun smart je. Lagu-lagu VMEN ni aku memang layan macam Laungan Cinta tu. Lagu ni hasil ciptaan VMEN sendiri, yang didedikasikan khas buat para pencinta keamanan di seluruh dunia. Psstttt2: Hari-hari aku dengar time kat office sebab memang bestlah tuk hilangkan ngantuk dan memang minat. Dah boleh hafal dah.. Hahaha... Zzzzz...... Ops! Lupe lak... Lagu LC ni juga aku jadikan ringtone enset aku dari mula-mula lagu ni muncul.... Ngeeee.... :3

VOICE OF MEN - selepas 

VOICE OF MEN - sebelum
Psssttt: Gambar-gambar yang "sebelum" dan "selepas" ni aku post sesaje je, takde motif pun. Gambar sekadar hiasan. Hahaha.... Jangan marah bos! cc: Fath

Ok, tadi lagu pertama yang aku share, ni lagu kedua mereka lak sebuah lagu omputih, Women We Love. Baru je publish lagu ni, VOICE OF MEN featuring MANDY STAR. Lagu khas untuk wanita-wanita yang disayangi dan dicintai seperti ibu, kakak, isteri, adik-beradik dan sesiapa saja yang istimewa dalam hidup kita. Lagu Women We Love ni mendayu-dayu je aku dengar,  dengan iringan muzik macam piano dan accapella (kalau aku tak salah dengar ler), yang penting vokal mereka semua dah memang terbaik, semua boleh menyanyi. So kalau buat show salah sorang vokalis takde pun diorang still boleh perform sebab sesiapa je boleh menyanyi. Betul tak? Itulah untungnya kumpulan yang mempunyai vokal harmoni yang bagus. 

Promo lagu Women We Love - Voice of Men featuring Mandy Star.

Video klip Laungan Cinta seperti yang digembar-gemburkan tadi. Hehe.. Layan jom..

Kepada yang nak mendownload dan mendengar lagu-lagu tersebut sila klik pada link dibawah-

Spotify: http://smarturl.it/SFVMENWomenWeLove
Deezer: http://smarturl.it/DZVMENWomenWeLove
KKBox: http://smarturl.it/KXVMENWomenWeLove

Nak subscribe to Caller Ringtone pun boleh:


Women We Love (Intro)
MAXIS (Call) - *131*433109# 
DIGI (SMS) - CT 1315420 to 20000
CELCOM (SMS) - CMT 231670 to 22990
UMOBILE (SMS) - CT 614402 to 28118

Women We Love (Chorus)
MAXIS (Call) - *131*433112# 
DIGI (SMS) - CT 1315421 to 20000
CELCOM (SMS) - CMT 231671 to 22990
UMOBILE (SMS) - CT 614403 to 28118

Women We Love (Rap)
MAXIS (Call) - *131*433118# 
DIGI (SMS) - CT 1315422 to 20000
CELCOM (SMS) - CMT 231672 to 22990
UMOBILE (SMS) - CT 614404 to 28118

Sekian sahaja entry aku untuk kali ini. All da best to my favourite boy group VOICE OF MEN! Semoga korang akan terus menghasilkan lagu-lagu baru atau meng'cover' lagu-lagu yang best banyak-banyak! :3

2 comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda Ye! (^_^)v

I'm Back!!!

Hai assalamualaikum semua!! I'm back!! Haha! Lama giler aku tak jenguk blog lejen aku yang berkurun lama ni kan? Busy sungguh nak...