Sunday, November 16, 2014

THROWBACK | Jalan-jalan cari pasal di Banda Hilir bersama Geng Selpiaq!

Assalamualaikum....

Hai hai hai... kali ni entry aku nak buat 'terowbek'  sikit... Bebaru ni, aku bersama opismate aku (yang bujang sahaja) ber'outing' together-gether ke Banda Hilir. Planning asalnya nak berjalan-jalan di tempat bersejarah (Memorial, Muzium, Kota A Famosa dll) tapi bertukar kepada jalan-jalan cari pasal di Dataran Pahlawan, Mahkota Parade dan Pantai Klebang.

Kalau nak diikutkan masa memang tak mencukupi untuk sehari tu, sebab penat gak menapak dari MP ke DP kemudian ke MP balik (kereta park kat MP) . Yang penting untuk jalan sehari tu bukan aku yang drive. 'Adik' Taufik yang drive. Aku amik dia kat umah, pastu gi opis sebab yang lain dah tunggu kat sana. Konvoi 3 kereta dari opis.
Otw ke Banda Hilir seperti biase selpiaq tak dilupakan. Hehe..
 Lokasi pertama ialah Station Kopitiam di Mahkota Parade, kesian diorang ni lapar, ada yang tak sarapan lagi, ada yang dah sarapan terus jadi lunch. Hehe...
Maaf cilok sat gambar instagram Taufik ni. Haha..
Ni selepas makan, sempat lagi depan kopitiam tu.

Lokasi kedua ke Dataran Pahlawan melalui jejantas di Hatten Square. First time aku lalu situ baq hang. Nama je dok Melaka tapi banyak tempat aku tak pernah pergi dan dah lama tak pergi. Huhu...

Kesian Fred kena menapak ke seberang, tapi dia tak kisah walaupun tengok muka dah penat.
Takpe, orang kat sebelah tu sedia membantu.

Akhirnya kami sampai ke lokasi kejadian. Haha... Tempat Geng Selpiaq beraksi ler apa lagi? Bila masing-masing dah mula keluarkan enset dan monopod... Hambek... posing tak hengat dunia... Baru aku tau ramai rupanya ratu-ratu selfie dan raja selfie disekeliling aku. Hahaha jangan marah ye kawang-kawang...

Duduk keletihan seketika sebelum beraksi

Umai dan Ain!

Apabila retis-retis bergabung! Haha
Tudiaaa Raja Selpiaq haih!
Dan lagi.... 
Afiq, Taufik & Fred. Saiz mengikut ketinggian... haha apa aku tulis ni?

Gambar ni paling best! Ku lihat hijau.......
Retis kat sebelah aku tu kemain gi posing... hahaha jangan marah dik...

Sebelum masuk DP dapatlah pasu bunga sorang satu... hahaha! Klik-klik!
Next! Lokasi seterusnya..... jeng jeng jeng! Pantai Klebang! Yeay! Sesekali berkelah dan lepak tepi pantai ni memang best!





Kami jer Gugurlz yang tinggal, yang lagi sekereta dah balik sebab penat sudah.

Rajin melayan anak Cina yang comey ni. Cute je budak ni, tapi tak tau la dia tak paham kot apa Taufik cakap kat dia, ada orang tu nak try cakap Cina. Hahaha...
Kami sedang bermain belon sabun ketika ini... haha.. nampak tak nampak tak?

Oklah, tak berapa nak banyak aku share gambar kat sini sebab gambar terrrrrrrrlalu banyak untuk di share. Selebihnya kalau nak tengok kat FB aku ada.

Last destination BALIK! Hahaha....

Last selpiaq masa balik! Kbai! Hahaha..
Letih pun letih, penat pun penat gak. Tapi yang penting memang happening! Sebab pasni entah bila lagi dapat hangout together bujang-bujang macam ni. Next year maybe? Haha tapi masa tu, ada yang dah tak bujang dah dalam group Geng Selpiaq ni! Its oke..... never mind.. Anyway, thanks coz berjaya menjadikan ianya satu kenangan yang paling manis dan tak dilupakan.... Thanks so much to adik Taufik kerana membawa akakmu ni pi jalan-jalan. Geng SelpiaQ 4ever!

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda Ye! (^_^)v

I'm Back!!!

Hai assalamualaikum semua!! I'm back!! Haha! Lama giler aku tak jenguk blog lejen aku yang berkurun lama ni kan? Busy sungguh nak...