Sunday, December 9, 2012

Bersyukur Dengan KurniaanNya


Sebagai hambaNya, kita harus ingat segala nikmat yang diberi bermula dari kewujudan kita di atas muka bumi ini, kesihatan, tubuh badan yang sempurna dan keluarga serta sahabat handai dan sebagainya adalah kurniaan dari Allah swt. Namun begitu tidak semua manusia dipilih oleh Allah swt untuk beramal soleh, beriman dan juga cinta kepada Allah dan RasulNya. Ada segelintir manusia yang lupa bahawa kewujudan mereka di dunia ini datangnya dari Allah swt. Sekiranya Allah swt tidak menciptakan manusia, maka tiadalah wujudnya kehidupan kita disini, di atas muka bumi, alam semesta yang juga ciptaanNya.

Tidak terkira betapa banyak nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia. Cuma ada yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada. Kadangkala mereka lupa, rezeki yang melimpah serta kejayaan yang dicapai selama ini adalah dengan izinNya juga. Sekeras mana pun usaha mereka untuk berjaya, jika tanpa izin Allah swt maka apa jua yang dilakukan tetap tidak menjadi. Kita sebagai umat manusia haruslah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang telah diberi. Janganlah riak atau pun takbur dengan kejayaan yang dimiliki. Allah swt boleh tarik balik segalanya pada bila-bila masa sahaja. Maka bersyukurlah dengan nikmat yang diberi percuma seperti udara, angin, air tanpa perlu membayar bil.

Pernahkah anda dengar kata-kata, "Cintakan bunga, bunga kan layu, Cintakan manusia,  manusia kan pergi..." Bermaksud, apa yang kita cintakan itu seperti bunga dan manusia, ia takkan kekal lama. Bunga akan layu jika tidak dijaga, manakala manusia pula akan pergi apabila tiba ajalnya. Jadi, cinta apakah yang kekal? Semestinya cinta kepada yang Satu, iaitu cinta kepada Allah swt. Cinta kepada Allah swt adalah cinta yang hakiki, yang akan kekal sampai bila-bila sama ada di dunia mahu pun di akhirat kerana Allah swt itu sentiasa ada bersama kita. Perasaan cinta itu merupakan fitrah semulajadi yang telah diciptakan Allah swt di dalam jiwa manusia. Oleh itu, janganlah kita mencintai manusia melebihi dari cinta kepadaNya. Cinta itu hendaklah dikawal, bukan dihalang kerana cinta adalah fitrah.

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda Ye! (^_^)v

I'm Back!!!

Hai assalamualaikum semua!! I'm back!! Haha! Lama giler aku tak jenguk blog lejen aku yang berkurun lama ni kan? Busy sungguh nak...