Saturday, June 7, 2014

Mini Reunion ex-Digi Supplies

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, aku kembali semula ke dunia blogger.  Kehilangan sementara selama setahun disebabkan oleh kebizian tertentu. So takleh nak buat apa ler. Hehe...

Tahun ni dah genap 2 tahun aku menjadi seorang graphic designer. Fuhh! Jenuh gak la nak capai ke tahap ni. Tahap apa? Sampai tahap aku dah tak nak jadi designer lagi dah. Bukan apa, aku jenis kalau dah buat satu benda memang aku akan buat giler-giler punya. Tapi kalau dah terlalu banyak aku akan jadi bosan sampai pernah rasa tengok design pun aku boleh muntah. Hahaha.. Yeke? Tapi takdelah sampai muntah betul. Sikit je rase.... huhuhu.... Tengoklah sampai bila aku akan terus design dan design..

Oh ya... aku nak ucap tahniah kat kawan aku Rimie dan Teha yang baru dapat anak pertama Ahad lepas. Semalam aku pergi ke kenduri aqiqah kat rumah derang. Dapatlah jumpa balik semua kawan-kawan sekerja tempat lama dulu iaitu DIGI SUPPLIES. Memang happening bila lepak dengan derang semua... Best..... Kepala pun sama gila-gila lagi macam dulu gak, walaupun ada di antara mereka semua datang bawak anak suami dan isteri masing-masing. Kalau kat tempat kerja aku sekarang tak berapa nak ada yang sekepala pun. Hehe sori ye!

Meh sini aku nak share gambar-gambar di sekitar "mini reunion" kami semalam.





Mereka yang hadir semalam ialah kak Intan, Lizah dan suami, Firdaus dan isteri dan David. Aku datang dengan kakak aku ler macam biasa. Kawan-kawan aku pun dah kira kawan-kawan dia gak. ^_^ .

Ada gak yang bertanya bila lagi? Hahaha... soalan standard yang tepu dan lemau aku dengar dan nak menjawab. No komen la ye.. Hehehe.... tunggu jelah..... 

Oklah ada mood dan story nak share nanti aku post lagi. Tata.... 

Wassalam...

Saturday, June 1, 2013

Cinta Na'illah

Duhai kekasih
Ingin ku tanyakan 
Apa rahsia kasih yang kau julang 
Kerana kasih 

Setiamu terbilang 
Teguh berdiam walau hilang bayang 
Tetap indah warna cinta
Tak dicemar nestapa 

Duhai kekasih 
Ku pinta khabarkan 
Apa rahsia keteguhan cinta
Kerana kasih

Telah kau buktikan 
Walaupun nyawa rela kau taruhkan
Beruntungnya diri Usman 
Didakap kasih Na’illa 

Tika bahagia dikunjung musibah
Tak kau menyerah kalah 
Sehabis daya engkau pertahankan 
Suamimu yang tersayang 

Na’illa kau serikandi cinta 
Tak gentar di hujung pedang 
Hingga putus jemari halusmu 
Tak kau endah walau bermandi darah 

Musuh menyambar suamimu terdampar 
Bingkas kau bangun menghalang
Rebah akhirnya dia yang kau sayang 
Hilang nyawa di pangkuan 

Duhai kekasih
Ingin ku katakan
Sungguh ku kagumi kesetiaanmu 

Kerana kasih
Teguhnya cintamu 
Walaupun datang raja melamarmu 
Tetap mekar bunga cinta
Harum hingga ke syurga


Sunday, May 26, 2013

Kesetiaan Na'ilah Al Farafishah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman yang mengenaliku.. Rasanya dah lama sangat aku tak menulis dan update blog ni. Disebabkan faktor kebizian terlampau kadang-kadang aku tak sempat nak update atau pun kekeringan idea.

Tetapi.. Kali ni aku terasa nak update sebab saja nak share dengan korang kisah seorang serikandi Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Nak tau kenapa dalam banyak-banyak serikandi aku pilih Na'ilah? Kerana aku berminat nak tahu siapakah sebenarnya Na'ilah ni, berdasarkan lirik lagu Cinta Na'ilah nyanyian dari kumpulan Seedrain. Aku ada bertanya pada seseorang, kenapa cam best je lagu tu, katanya silalah google kalau nak tahu. Dan inilah hasilnya, aku jumpa blog yang menceritakan kisah Na'ilah diambil dari buku Riwayat Bidadari Syurga karya Munif Ahmad. Terima kasih kepada tuan punya blog berkenaan. 



Na'ilah merupakan isteri kepada Amirul Mukminin iaitu Khalifah Uthman bin Affan seorang pejuang Islam. Mari kita hayati kisah serikandi ini.. 

  Yang Bijak, Yang Anggun Yang Tegas, Yang Lembut Dirimu Pelengkap Sifat Wanita, Kesetiaanmu Pada Uthman Tiada Tandingan, Wahai Nailah Al Farafishah, Engkaulah Hiasan Sebaik Permata.

Apabila kekandanya Hindun binti Al Farafishah berkahwin dengan Said bin Al Ash, Na'ilah tidak sangka bahawa suatu hari kelak dia akan berkahwin pula dengan Amirul Mu'minin dan mendapat satu fitnah terbesar yang pernah berlaku pada permulaan islam.

Na'ilah binti Al Farafishah adalah seorang wanita yang cukup cantik dan mempunyai nilai akhlak yang tinggi. Dia adalah di antara wanita yang petah berbicara, seorang sasterawan dan juga penyair.
Keistimewaan Na'ilah ini telah disampaikan oleh Said bin Al Ash kepada Khalifah Uthman bin Affan. Tanpa berlengah lagi Khalifah Uthman telah mengutus surat kepada Said dan memintanya supaya meminang Na'ilah bagi pihaknya. Maka Said pun melaksanakannya. Tidak lama kemudian, perkahwinan antara Na'ilah dan Khalifah Uthman pun berlaku. 

Na'ilah adalah seorang wanita yang tinggi lampai dan berkulit cerah. Dia sungguh setia dan taat kepada suaminya. Oleh kerana dia mempunyai pandangan dan pentadbiran yang baik, maka Khalifah Uthman sentiasa meminta pendapat dan fikiran darinya dan kemudian membandingkannya pula dengan pendapat dirinya sendiri. Na'ilah juga mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam rumahtangga Khalifah Uthman, di mana isteri-isterinya yang lain tidak mendapat keistimewaan sepertinya. 

Khalifah Uthman bin Affan r.a diberi gelaran "dzun-nurain" yang bermaksud orang yang diberikan dua cahaya. Ini kerana Khalifah Uthman Pernah berkahwin dengan kedua-dua puteri Rasulullah SAW iaitu Ruqaiyah dan Ummi Kalthum namun kedua-duanya telah meninggal dunia. Merekalah yang bertanggungjawab meletakkan Khalifah Uthman kepada kedudukan yang teristimewa di dalam Islam. 

Meskipun Na'ilah bukan dari golongan wanita-wanita Quraisy, namun dia mempunyai kelebihan di dalam kecantikan, kebijaksanaan akal, kepetahan bertutur dan kematangan fikiran. Maka sebab itu dia telah dikahwinkan oleh saudaranya Adh-Diab bin Al Farafishah kepada Khalifah Uthman dan segala keistimewaan yang dimiliknya, Na'ilah telah mendapat kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada wanita muslimat yang lain. Pengaruhnya kekal hingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah. 

Namanya mula diperkatakan di dalam sejarah islam semenjak peristiwa yang menyaksikan pembunuhan ke atas suaminya Khalifah Uthman bin Affan. Sejak itu, dia telah mengalami pelbagai peristiwa pahit sepanjang hayatnya. 

Semasa hayatnya bersama Khalifah Uthman r.a, Na'ilah telah menjalani hidup yang penuh penghormatan terhadap suaminya. Dia begitu ikhlas dan sentiasa berada di sisi suaminya di dalam segala hal. Malah dia telah mempertahankan keselamatan suaminya dengan jiwa raganya. Ketika fitnah melanda dan rumahnya telah dikepong oleh pemberontak, dia kekal berada di sisi suaminya dan menahan segala pukulan pedang dengan tangan dan tubuhnya sebelum pukulan itu terkena pada Khalifah. 

Suatu ketika, salah seorang pemberontak sedang menghayunkan pedangnya untuk menyerang Khalifah Uthman. Serta merta Na'ilah menahan pedang itu dengan tangannya sehingga terputus jari jemari Na'ilah oleh tetakan itu. Na'ilah terus menjerit meminta tolong. Lalu seorang pengawal Khalifah bernama Rabbah segera datang membantunya dan membunuh pemberontak itu. Datang pula pemberontak yang kedua dan sekali lagi Na'ilah segera menahan pedangnya itu dengan tangannya, namun pemberontak itu dapat juga menusukkan pedangnya itu ke perut Khalifah Uthman dan membunuhnya.

Setelah membunuh Khalifah Uthman, pemberontak itu cuba melarikan diri. Na'ilah mengejarnya sambil menjerit, " Amirul Mu'minin dibunuh orang! Amirul Mu'minin dibunuh orang!", Sedangkan pada ketika itu darah masih mengalir dari jari-jemarinya.

Orang ramai yang sedang membenteng rumah Khalifah Uthman di luar segera memasuki rumahnya. Di antara mereka ialah Al Hassan dan Al Hussain, putera-putera Ali bin Abu Talib. setelah memasuki rumah itu, mereka mendapati Khalifah Uthman telah mati dibunuh dan mayatnya telah dipotong-potong. 

Berita kematian Khalifah Uthman dibunuh pemberontak telah tersebar begitu luas cepat sekali di seluruh Kota Madinah. Orang ramai merasa amat duka cita. Bahang fitnah telah mula dirasai dan tiada siapa yang tahu bagaimana untuk menjauhi peristiwa hitam ini dari terus berlaku. Sesungguhnya detik hitam ini telah membayangi setiap diri kaum Muslimin ketika itu. Sejak itu, Na'ilah telah memainkan peranannya dengan mengubah hala tuju gerakan islam sesudah itu. Tanpa membuang masa lagi, Na'ilah segera mengutuskan surat kepada Mu'awiyah bin Abu Sufyan dan memberikan peringatan mengenai firman Allah SWT yang bermaksud :

 وإن طائفتان من المؤمنين اقتتلوا فأصلحوا بينهما فإن بغت إحداهما على الأخرى فقاتلوا التي تبغي حتى تفيء إلى أمر الله فإن فاءت فأصلحوا بينهما بالعدل وأقسطوا إن الله يحب المقسطين "

Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mu'min berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu melakukan penganiayaan terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali ( kepada perintah Allah ), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." ( Al Hujuraat : 49 : 9 ). 

Na'ilah telah mengutus surat itu berserta pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Setelah itu diikatkan segumpal janggut Khalifah yang dicabut dari dagunya oleh Muhammad bin Abu Bakar pada butang baju itu. Dia juga telah mengirimkan kelima-lima jari-jemarinya yang telah terpotong. 

Di dalam utusannya itu juga diceritakan detik-detik peristiwa pembunuhan Khalifah secara terperinci seperti yang disaksikan sendiri oleh Na'ilah dan bagaimana rumah Khalifah Uthman dikepung siang dan malam tanpa sedikit pun bekalan yang diberikan hatta sedikit air. Mereka telah mengepung rumah itu selama 50 hari dan melemparkan batu dan panah sehingga tiga dari penghuni rumah itu terbunuh. Namun Khalifah Uthman tetap melarang pengawal-pengawalnya dari memerangi para pemberontak itu. 

Ini semua masih berlaku meskipun Abdullah bin Az Zubair telah mengeluarkan satu perintah yang bertulis supaya tidak seorang pun yang melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Khalifah Uthman. Namun masih ada diantara mereka yang meningkari perintah itu. Mereka telah memasuki rumah Khalifah Uthman dengan diketuai oleh Muhammad bin Abu Bakar lalu mencabut janggutnya, memukul kepala dan menikam dadanya sebanyak tiga kali. 

Kemudian mereka memukul kuat dahinya dan mengelarnya dengan pedang mereka sehingga luka-luka, padahal Khalifah Uthman masih hidup ketika mereka melakukan perkara ini semua. Tidak cukup dengan ini sahaja, mereka juga cuba untuk memotong kepalanya. Namun dapat ditahan oleh Na'ilah dengan puterinya Syaibah bin Rabi'ah. Kemudian mereka memijak-mijak kedua beranak ini lalu membunuh Khalifah Uthman. 

Setelah Khalifah Uthman terbunuh, tiada seorang pun yang berani untuk memandikan mayatnya. Na'ilah lalu mengutuskan orang kepada Hutaitib bin Abdul Uzza, Jubair bin Muth'im, Abu Jahm bin Huzaifah dan Hakim bin Hizam untuk menguruskan jenazah suaminya. Namun mereka berkata bahawa mereka tidak dapat melakukannya ketika siang. Oleh itu, pada malam itu, di antara Maghrib dan Isya' mereka telah menguruskan jenazah Khalifah Uthman dan disembahyangkan oleh Jubair bin Muth'im. Kemudian dikebumikan jenazah itu di tanah perkuburan Baqi'. Na'ilah telah mendahului jenazah suaminya sambil membawa bersamanya sebuah kampu kecil untuk menerangi kegelapan malam.

Sesudah pemergian Khalifah Uthman, api fitnah masih tetap menyala dan telah mengakibatkan kematian beribu-ribu manusia. Ia juga telah mengakibatkan persengketaan di antara Saidina Ali bin Abu Talib dengan Mu'awiyah bin Abu Sufyan, ditambah pula dengan api fitnah yang dinyalakan oleh Aisyah r.a. Bertambah semaraklah api fitnah itu sehingga berlakunya perpecahan dan berpuak-puaklah umat islam ketika itu. 

Baju Khalifah Uthman dan jari jemari Na'ilah telah digantungkan di atas mimbar-mimbar masjid untuk menaikkan kemarahan orang ramai supaya mereka memberontak. Na'ilah merasa amat sedih dan menangis terus-menerus setiap kali mengenang hal ini.

Na'ilah telah dipinang oleh Mu'awiyah. Namun, Na'ilah telah menolaknya. Dia kemudian telah mematahkan gigi-giginya supaya dia kelihatan begitu hodoh sekali sehingga tiada satu lelaki pun yang akan berkehendak kepadanya. 

Na'ilah tidak berkahwin lagi sesudah kewafatan Khalifah Uthman. Walaupun Khalifah Uthman telah wafat, dia tetap setia kepadanya. Dia telah mengatakan : " Demi Allah, aku tidak akan membenarkan lelaki lain menjamahku, di tempat yang dijamah oleh Uthman sama sekali." 

 ** Wallahu'alam... **


Saturday, December 15, 2012

Drama Warkah Cinta Episod 1-12

Assalamualaikum....
Kali ini aku nak share entri drama Warkah Cinta untuk sesiapa yang tidak berkesempatan menontonnya di TV. Selamat menonton... :-)

Episod 1
 Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12 (akhir)


Kredit kepada: Saudara Fauwaz Mohamed

Wednesday, December 12, 2012

Warkah Cinta Berbau Syurga

Assalamualaikum....
Kali ini aku nak kongsikan video muzik dari drama bersiri Warkah Cinta yang kini sedang bersiaran di TV AL-Hijrah. Lagu ini di cipta oleh Bazli UNIC manakala liriknya pula ditulis oleh Ustaz A. Ubaidillah Alias.
Di dalam drama yang diadaptasikan daripada novel Warkah Cinta Berbau Syurga hasil tulisan Ustaz A. Ubaidillah Alias ini, watak utamanya telah dilakonkan oleh Imam Muda Nazrul sebagai Amir Mukhlis, Heliza Helmi sebagai Wardah.

Novel ni aku dah lama beli kira-kira beberapa tahun dahulu, tapi tak sangka pula ianya di "drama" kan. Memang bestlah cerita dia tak rugi beli novel dan follow drama ni. Ia disiarkan pada setiap Selasa hingga Khamis jam 8.30 malam di TV Al-Hijrah.
Sinopsis tentang cerita ni terlalu panjang untuk saya post kat sini tapi  korang semua bolehlah baca di blog Ustaz A. Ubaidillah Alias untuk mengetahui lebih lanjut mengenai drama dan novel ni.
Selamat menonton dan menghayati lagu Warkah Cinta Berbau Syurga di bawah ini..... :-)
Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan 
takkan pernah tewas dengan kekerasan]

Cintaku ini...

Lagu: Bazli Unic

Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias
Studio Rakaman : Unic
Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.

Sunday, December 9, 2012

Bersyukur Dengan KurniaanNya


Sebagai hambaNya, kita harus ingat segala nikmat yang diberi bermula dari kewujudan kita di atas muka bumi ini, kesihatan, tubuh badan yang sempurna dan keluarga serta sahabat handai dan sebagainya adalah kurniaan dari Allah swt. Namun begitu tidak semua manusia dipilih oleh Allah swt untuk beramal soleh, beriman dan juga cinta kepada Allah dan RasulNya. Ada segelintir manusia yang lupa bahawa kewujudan mereka di dunia ini datangnya dari Allah swt. Sekiranya Allah swt tidak menciptakan manusia, maka tiadalah wujudnya kehidupan kita disini, di atas muka bumi, alam semesta yang juga ciptaanNya.

Tidak terkira betapa banyak nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia. Cuma ada yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada. Kadangkala mereka lupa, rezeki yang melimpah serta kejayaan yang dicapai selama ini adalah dengan izinNya juga. Sekeras mana pun usaha mereka untuk berjaya, jika tanpa izin Allah swt maka apa jua yang dilakukan tetap tidak menjadi. Kita sebagai umat manusia haruslah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang telah diberi. Janganlah riak atau pun takbur dengan kejayaan yang dimiliki. Allah swt boleh tarik balik segalanya pada bila-bila masa sahaja. Maka bersyukurlah dengan nikmat yang diberi percuma seperti udara, angin, air tanpa perlu membayar bil.

Pernahkah anda dengar kata-kata, "Cintakan bunga, bunga kan layu, Cintakan manusia,  manusia kan pergi..." Bermaksud, apa yang kita cintakan itu seperti bunga dan manusia, ia takkan kekal lama. Bunga akan layu jika tidak dijaga, manakala manusia pula akan pergi apabila tiba ajalnya. Jadi, cinta apakah yang kekal? Semestinya cinta kepada yang Satu, iaitu cinta kepada Allah swt. Cinta kepada Allah swt adalah cinta yang hakiki, yang akan kekal sampai bila-bila sama ada di dunia mahu pun di akhirat kerana Allah swt itu sentiasa ada bersama kita. Perasaan cinta itu merupakan fitrah semulajadi yang telah diciptakan Allah swt di dalam jiwa manusia. Oleh itu, janganlah kita mencintai manusia melebihi dari cinta kepadaNya. Cinta itu hendaklah dikawal, bukan dihalang kerana cinta adalah fitrah.

Saturday, December 8, 2012

Amanah Dalam Kerjaya


Dalam Islam, amanah adalah salah satu sikap terpuji yang jelas dan terang telah dinyatakan bahawa amanah itu sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian.
Kepentingan sikap amanah ini dalam kehidupan kita untuk menjadi orang mukmin yang baik amat jelas terbukti di antara 4 sikap terpuji para nabi dan rasul iaitu Siddiq (Benar), Amanah, Tabliq(Menyampaikan) dan Fatanah (Bijak).
 Amanah menuntut kita sebagai Umatnya untuk melakukan apa saja dengan amanah, tidak kira amanah dalam memenuhi tuntutan sebagai Hambanya, sebagai umatnya, terhadap keluarga, masyarakat, diri sendiri dan pekerjaan dilakukannya.
Dalam konteks memenuhi amanah di dalam pekerjaan, pekerja yang bekerja dibayar gaji oleh majikannya perlu sedar ke atas akad (perjanjian) menerima tawaran kerja sebelum ini agar amanah dilakukan dalam pekerjaan tidak terkeluar daripada landasan sebenar mengapa kita menerima pekerjaan yang ditawarkan sebelum ini.
Jika niat kita baik menerima pekerjaan keranaNya, ianya akan melahirkan sikap amanah yang bertapak dihati sampai bila-bila. Tetapi jika niat selain daripada Kerana-Nya, maka sikap amanah yang sepatutnya hadir di dalam hati hamba-Nya akan terhakis dengan kelalian diri kita sendiri, akibat mengkhianati amanah yang diberikan.
Dalam Surah Al-Anfal ayat 27, Allah SWT telah berfirman yang membawa maksud;
"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui salahnya"
Amanah tidak sekali-kali boleh dikhianati, kalau dikhianati juga akan membawa kesalahan yang sanggat tidak baik untuk diri kita. Pekerja yang tidak amanah misalnya akan melakukan pekerjaan tanpa panduan dan tatatertib yang betul. Setiap perbuatannya di pejabat sedikitpun tidak takut akan menerima balasan daripada Allah SWT. Melakukan kerja tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan jika berlakunya pecah amanah atau amanah dikhianati maka ketengan hatinya akan hilang kerana takut akan bayang-bayang sendiri, tidur tidak lena dan pelbagai lagi masalah akan terjadi.
Cabaran maha hebat bagi pekerja di zaman moden yang penuh cabaran kini. kekuatan iman benteng kepada amalan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya jika beramanah dan berintegriti. Sesungguhnya niat dan minat yang mendalam terhadap pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan diiringi usaha yang berterusan akan melahirkan sikap amanah dengan sendirinya dalam diri kita tanpa paksaan daripada faktor luaran seperti persekitaran dan desakan ketua jabatan.
Pekerja yang minat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja yang diamanahkan jelas kita lihat memiliki sifat-sifat seperti rajin, menyiapkan kerja sehingga siap, sentiasa mencari idea dan jalan penyelesaian yang terbaik, tidak berkira masa, tenaga dan wang ringgit, akan berasa bersalah jika kumpulan sasarnya teraniaya, dan dialah orang pertama ke depan membantu jabatan serta sentiasa menepati kehendak peraturan dan prosedur ditetapkan organisasi, akan berjaya di dunia dan diakhirat.
Alangkah indahnya dalam menyelusuri pentadbiran dan pengurusan pekerjaan dalam sesebuah jabatan disulami hati-hati setiap pekerjanya dengan sifat amanah setiap kali melangkah kaki kanan ke pintu pejabat. Bukan sahaja pekerjaan dilakukan mencapai sasaran, memenuhi kehendak pelanggan dan jabatan malahan akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Rahmat Allah SWT Pastinya bersama-sama jabatan kita jika semua pekerja memiliki sifat amanah. InsyaAllah.
"Ya Allah yang Maha penyayang, tanamkanlah sifat amanah dalam hati setiap pekerja kami, bukakanlah mata hati kami agar bersikap amanah. Berkatilah setiap pekerjaan yang kami lakukan agar mencapai sasarannya dan memberikan manfaat kepada golongan sasar kami". Amin.

I'm Back!!!

Hai assalamualaikum semua!! I'm back!! Haha! Lama giler aku tak jenguk blog lejen aku yang berkurun lama ni kan? Busy sungguh nak...