Wednesday, December 12, 2012

Warkah Cinta Berbau Syurga

Assalamualaikum....
Kali ini aku nak kongsikan video muzik dari drama bersiri Warkah Cinta yang kini sedang bersiaran di TV AL-Hijrah. Lagu ini di cipta oleh Bazli UNIC manakala liriknya pula ditulis oleh Ustaz A. Ubaidillah Alias.
Di dalam drama yang diadaptasikan daripada novel Warkah Cinta Berbau Syurga hasil tulisan Ustaz A. Ubaidillah Alias ini, watak utamanya telah dilakonkan oleh Imam Muda Nazrul sebagai Amir Mukhlis, Heliza Helmi sebagai Wardah.

Novel ni aku dah lama beli kira-kira beberapa tahun dahulu, tapi tak sangka pula ianya di "drama" kan. Memang bestlah cerita dia tak rugi beli novel dan follow drama ni. Ia disiarkan pada setiap Selasa hingga Khamis jam 8.30 malam di TV Al-Hijrah.
Sinopsis tentang cerita ni terlalu panjang untuk saya post kat sini tapi  korang semua bolehlah baca di blog Ustaz A. Ubaidillah Alias untuk mengetahui lebih lanjut mengenai drama dan novel ni.
Selamat menonton dan menghayati lagu Warkah Cinta Berbau Syurga di bawah ini..... :-)
Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan 
takkan pernah tewas dengan kekerasan]

Cintaku ini...

Lagu: Bazli Unic

Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias
Studio Rakaman : Unic
Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.

Sunday, December 9, 2012

Bersyukur Dengan KurniaanNya


Sebagai hambaNya, kita harus ingat segala nikmat yang diberi bermula dari kewujudan kita di atas muka bumi ini, kesihatan, tubuh badan yang sempurna dan keluarga serta sahabat handai dan sebagainya adalah kurniaan dari Allah swt. Namun begitu tidak semua manusia dipilih oleh Allah swt untuk beramal soleh, beriman dan juga cinta kepada Allah dan RasulNya. Ada segelintir manusia yang lupa bahawa kewujudan mereka di dunia ini datangnya dari Allah swt. Sekiranya Allah swt tidak menciptakan manusia, maka tiadalah wujudnya kehidupan kita disini, di atas muka bumi, alam semesta yang juga ciptaanNya.

Tidak terkira betapa banyak nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia. Cuma ada yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada. Kadangkala mereka lupa, rezeki yang melimpah serta kejayaan yang dicapai selama ini adalah dengan izinNya juga. Sekeras mana pun usaha mereka untuk berjaya, jika tanpa izin Allah swt maka apa jua yang dilakukan tetap tidak menjadi. Kita sebagai umat manusia haruslah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang telah diberi. Janganlah riak atau pun takbur dengan kejayaan yang dimiliki. Allah swt boleh tarik balik segalanya pada bila-bila masa sahaja. Maka bersyukurlah dengan nikmat yang diberi percuma seperti udara, angin, air tanpa perlu membayar bil.

Pernahkah anda dengar kata-kata, "Cintakan bunga, bunga kan layu, Cintakan manusia,  manusia kan pergi..." Bermaksud, apa yang kita cintakan itu seperti bunga dan manusia, ia takkan kekal lama. Bunga akan layu jika tidak dijaga, manakala manusia pula akan pergi apabila tiba ajalnya. Jadi, cinta apakah yang kekal? Semestinya cinta kepada yang Satu, iaitu cinta kepada Allah swt. Cinta kepada Allah swt adalah cinta yang hakiki, yang akan kekal sampai bila-bila sama ada di dunia mahu pun di akhirat kerana Allah swt itu sentiasa ada bersama kita. Perasaan cinta itu merupakan fitrah semulajadi yang telah diciptakan Allah swt di dalam jiwa manusia. Oleh itu, janganlah kita mencintai manusia melebihi dari cinta kepadaNya. Cinta itu hendaklah dikawal, bukan dihalang kerana cinta adalah fitrah.

Saturday, December 8, 2012

Amanah Dalam Kerjaya


Dalam Islam, amanah adalah salah satu sikap terpuji yang jelas dan terang telah dinyatakan bahawa amanah itu sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian.
Kepentingan sikap amanah ini dalam kehidupan kita untuk menjadi orang mukmin yang baik amat jelas terbukti di antara 4 sikap terpuji para nabi dan rasul iaitu Siddiq (Benar), Amanah, Tabliq(Menyampaikan) dan Fatanah (Bijak).
 Amanah menuntut kita sebagai Umatnya untuk melakukan apa saja dengan amanah, tidak kira amanah dalam memenuhi tuntutan sebagai Hambanya, sebagai umatnya, terhadap keluarga, masyarakat, diri sendiri dan pekerjaan dilakukannya.
Dalam konteks memenuhi amanah di dalam pekerjaan, pekerja yang bekerja dibayar gaji oleh majikannya perlu sedar ke atas akad (perjanjian) menerima tawaran kerja sebelum ini agar amanah dilakukan dalam pekerjaan tidak terkeluar daripada landasan sebenar mengapa kita menerima pekerjaan yang ditawarkan sebelum ini.
Jika niat kita baik menerima pekerjaan keranaNya, ianya akan melahirkan sikap amanah yang bertapak dihati sampai bila-bila. Tetapi jika niat selain daripada Kerana-Nya, maka sikap amanah yang sepatutnya hadir di dalam hati hamba-Nya akan terhakis dengan kelalian diri kita sendiri, akibat mengkhianati amanah yang diberikan.
Dalam Surah Al-Anfal ayat 27, Allah SWT telah berfirman yang membawa maksud;
"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui salahnya"
Amanah tidak sekali-kali boleh dikhianati, kalau dikhianati juga akan membawa kesalahan yang sanggat tidak baik untuk diri kita. Pekerja yang tidak amanah misalnya akan melakukan pekerjaan tanpa panduan dan tatatertib yang betul. Setiap perbuatannya di pejabat sedikitpun tidak takut akan menerima balasan daripada Allah SWT. Melakukan kerja tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan jika berlakunya pecah amanah atau amanah dikhianati maka ketengan hatinya akan hilang kerana takut akan bayang-bayang sendiri, tidur tidak lena dan pelbagai lagi masalah akan terjadi.
Cabaran maha hebat bagi pekerja di zaman moden yang penuh cabaran kini. kekuatan iman benteng kepada amalan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya jika beramanah dan berintegriti. Sesungguhnya niat dan minat yang mendalam terhadap pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan diiringi usaha yang berterusan akan melahirkan sikap amanah dengan sendirinya dalam diri kita tanpa paksaan daripada faktor luaran seperti persekitaran dan desakan ketua jabatan.
Pekerja yang minat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja yang diamanahkan jelas kita lihat memiliki sifat-sifat seperti rajin, menyiapkan kerja sehingga siap, sentiasa mencari idea dan jalan penyelesaian yang terbaik, tidak berkira masa, tenaga dan wang ringgit, akan berasa bersalah jika kumpulan sasarnya teraniaya, dan dialah orang pertama ke depan membantu jabatan serta sentiasa menepati kehendak peraturan dan prosedur ditetapkan organisasi, akan berjaya di dunia dan diakhirat.
Alangkah indahnya dalam menyelusuri pentadbiran dan pengurusan pekerjaan dalam sesebuah jabatan disulami hati-hati setiap pekerjanya dengan sifat amanah setiap kali melangkah kaki kanan ke pintu pejabat. Bukan sahaja pekerjaan dilakukan mencapai sasaran, memenuhi kehendak pelanggan dan jabatan malahan akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Rahmat Allah SWT Pastinya bersama-sama jabatan kita jika semua pekerja memiliki sifat amanah. InsyaAllah.
"Ya Allah yang Maha penyayang, tanamkanlah sifat amanah dalam hati setiap pekerja kami, bukakanlah mata hati kami agar bersikap amanah. Berkatilah setiap pekerjaan yang kami lakukan agar mencapai sasarannya dan memberikan manfaat kepada golongan sasar kami". Amin.

Friday, October 26, 2012

Sesungguhnya Pertolongan Allah Itu Dekat


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Selawat dan salam buat Nabi junjungan yang dimuliakan, Muhammad bin Abdullah serta ahli keluarga dan para sahabat Baginda SAW..
Sepersis perut saat berkeroncong, barulah empunya diri tersedar bahawasanya ia lapar, lalu 'signal' bunyi tadi dihantar ke otak untuk memahamkan keadaan tubuh untuk bertindak, kemudian kemahuan dinyatakan dengan jelas "saya mahu makan".
Demikianlah sedikit pelajaran yang boleh kita ambil dari penciptaan diri kita sendiri, yakni hati, perbuatan dan lisan ibarat '3 incredible function'. Ketiga-tiganya saling berkait dan saling bekerjasama. Banyak lagi perumpamaan yang boleh diolah, dan ianya bergantung kepada sejauh mana kesedaran, kefahaman dan kemahuan kita ke arah menghayati setiap ciptasa Allah.
DIA-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."
(Surah al-Mulk ayat 23)
Adapun pelajaran ringkas di atas membawa kaitan kepada satu pelajaran yang berkesinambungan lebih jauh. Jauhnya penting untuk hati-hati yang ingin berubah dan mengubah.
Dimulakan penghijrahan Rasulullah dan para sahabat suatu ketika dahulu dari Mekah ke Madinah ditunjangi atas kesedaran akan fungsi hijrah itu sendiri, dimaknai dengan kefahaman yang mendalam, dan dijayakan dengan kemahuan yang kuat untuk merealisasikan hijrah bersejarah itu. Hasilnya, terpasaklah satu 'peribadi dunia islam' yang unggul di laman sfera ini.
Dalam proses dakwah dan tarbiyah Rasulullah SAW dan para sahabat ketikanya, bersaksikan masa yang dipilin bukanlah singkat, akal budi merentas cela cerca keadaan yang penuh kegawatan, lalu tibalah cahaya wahyu (Al-Quran) dari Loh Mahfuz  diturunkan kepada 'pembawa kebenaran' (Rasulullah) menjadi momentum kekuatan dan pengemudi tetap dalam mengharungi perubahan jahiliyah diri dan bangsa, membenam peribadi tercela untuk membina tamadun berjiwa baru dengan sinar Islam dan Iman.
Lantas, kesedaran mula membasahi hati melalui acuan Al-Quran dan Sunnah agar tetap basah membasahi hati-hati yang kering. Kefahaman dibina dengan hakikat iman, ilmu dan amal yang sejati untuk melentur minda hati yang ketandusan. Kemahuan pula dibangkitkan melalui pembentukan matlamat yang jernih serta azam dan pengorbanan hakiki untuk menyampaikan risalah kebenaran dan janji Tuhan kepada jiwa-jiwa yang mendahagakan.
Kesimpulannya, terhasillah peradaban figur yang unggul. Fiziknya tetap sama, tetapi peribadinya baharu. Antara barisan peribadi bertamadun tinggi itu adalah Umar Al-Faruk, Hamzah Asadullah, Khalid As-Saifullah dan ramai lagi. Inilah figur-figur yang mengungguli catatan silam usia zaman.
Lantaran itu, dalam episod zaman kita kini, hilang sudah kata mustahil untuk mendaki puncak 'pasak bumi' Everest, ia sudah pun ditawan. Maka, apakah kata mustahil untuk membina peribadi baru insani boleh di'delete'?
Bukankah sudah ada contoh yang diyakini? Sudah! berhenti mereka alasan. Palingkan jauh wahaniah dari hati. Mulakan dengan diri sendiri. Tarbiyah insan lain seiring dengan tarbiyah diri sendiri.
Jika hendak melihat umat generasi tidak ditukar ganti, maka aturlah gerak langkah dan teruskanlah. Kesedaran, kefahaman dan kemahuan yang kuat bertautkan teman sepanjang zaman yakni cahaya Al-Quran dan risalah Sunnah Nabi tidak akan 'mencair' dalam membekukan kejahiliyahan diri dan ummat.
InsyaAllah, semuanya dengan izin Allah Azza Wa Jalla. Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. Allah berfirman yang bermaksud :-
"Allah akan memberi petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Surah Muhammad ayat 5-7)
Dan firmanNya lagi;
"Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah akan menambah petunjuk kepada mereka dan menganugerahi ketakwaan mereka"
(Surah Muhammad ayat 17)
Semoga kita sentiasa istiqamah berada di jalan dakwah dengan mereka yang membantu menegakkan agama Allah. InsyaAllah, di mana ada kemahuan ke arah kebaikan, maka selagi itu ada harapan untuk kita mendapatkannya. Yang pasti, letaklah Allah di sepanjang kehidupan kita, pasti pertolonganNya sentiasa menghiringi perjanan usia kita. InsyaAllah.

Saturday, September 22, 2012

BFF?

Apakah maksud BFF? Oooo... Best Friends Forever rupanya...Famous sungguh istilah itu sekarang. Erm... Kamu semua ada BFF ke? Aku? Oooo aku ada kot tapi.... Tiba-tiba ter"lost contact" pula. Entahlah labu... lupakan cerita tentang aku. Teruskan perkongsian kita pada post aku kali ini.

Aku nak tanya kamu semua, perlukah ada BFF ni? Setengah orang mungkin rasa perlu dan ada juga yang mungkin tak perlukan BFF. Teman untuk berkongsi segala masalah, suka duka gembira sedih dan sebagainya. Memang kita ada famili untuk dijadikan tempat mengadu, tetapi sesetengah orang lebih suka mengadu dengan teman-teman rapat a.k.a BFF kerana bagi mereka tak semua benda atau masalah mereka boleh share dengan famili.

Ada pelbagai jenis kawan yang kita ada, namun begitu tak semua yang kita boleh jadikan dia BFF kita. Betul tak? Lagi satu, kadang-kadang bila kita dah ada seorang yang rapat dengan kita, ke mana pun bersama macam tak boleh nak berenggang langsung, cara pemakaian pun nak sama. Contoh, baju nak sama, kalau tak sama sepenuhnya pun paling kurang jenis sama tapi warna pula lain. Itu kalau sejantinalah. Kadang tak sejantina pun nak juga sama baju. Asalkan bolehlah katakan. Haa.. lebih kurang macam itulah. Ada juga yang makan sepinggan. Maksudnya berkongsi, mungkin hendak jimat duit ataupun hendak menunjukkan keserasian bersama. Alahai.. Macam-macam jenis orang ada dalam dunia ni. Biasalah tu. Pelbagai ragam manusia yang wujud dimuka bumi Allah ini.

Tapi, janganlah sampai mengabaikan famili sendiri. Takutlah kalau-kalau dah selalu sangat melepak dengan kawan-kawan sampaikan famili sendiri terabai. Ada juga yang macam tu. Lebih pentingkan kawan dari keluarga sendiri. Lagilah bila ada BFF. Kawan-kawan juga, famili jangan lupa. Tak elok macam tu. Fikirkanlah...


Itulah dia BFF, istilah yang digunakan untuk kawan yang paling rapat dengan kita. Yang sudi susah senang bersama kita. Sanggup menolong kita jika dalam kesusahan. Betullah orang cakap, teman yang baik sukar dicari. Teman ketawa ramai. Teman menangis? Sorang-sorang... Kesian kan? Hmm... Tengok gambar kat atas tu, alangkah bahagianya jika dapat teman yang sentiasa sudi bersama setiap masa dan ketika (macam takde komitmen lain lak asyik nak berkepit je kan?)... Whatever lah, untunglah siapa yang ada BFF dan untunglah juga siapa yang menjadikan familinya sendiri sebagai BFF.

Tujuan aku menulis ni tiada maksud apa-apa sekadar untuk berkongsi bersama sahaja. Untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan pembaca yang lain. Apa sahaja yang kita lakukan, Allah maha mengetahui. Tiada yang kekal dalam dunia ini melainkan Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Oleh itu, aku harap aku tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak, aku hanya menulis apa yang terlintas difikiran aku saja. Sekadar renungan bersama. Sekian.....

Bersihkan sawang

Assalamualaikum.....
Lama sungguh aku tak update blog aku ni. Last entry yang aku post ialah pada bulan Jun yang lalu. Lama sangat tu.. Hehehe.... Takpe, kini tibalah masanya untuk aku kembali berblogger semula. Meh tolong aku bersihkan sawang kat blog aku ni.. hehehe... zasssss..... (^_^)v



I'm Back!!!

Hai assalamualaikum semua!! I'm back!! Haha! Lama giler aku tak jenguk blog lejen aku yang berkurun lama ni kan? Busy sungguh nak...