Tuesday, May 1, 2012

Ketahui Bagaimanakah Bercinta Mengikut Cara Islam

Gambar hiasan
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Memilih Pasangan Hidup

Memang sudah fitrah manusia tidak boleh hidup bersendirian. Walau sesibuknya atau bahagianya seseorang itu pasti ia akan sunyi tanpa ada pasangan.
Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya.
Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibu bapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan dan yang lebih menyakitkan keluarga sudah mempunyai pilihan mereka tersendiri.

Konsep Meminang Pasangan

Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.

“Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.”
Namun begitu, bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, Cara ini untuk lelaki bolehlah!! Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, “macam perigi mencari timba“, “wanita tidak bermaruah” dan macam-macam lagi.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sejarah perkahwinan nabi kita.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda.
Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
iloveislam

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani.
Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.
Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.
Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Bercinta sebelum berkahwin atau ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Sumber dari Nota Hati

6 Tips Untuk Tampil Lebih Yakin Setiap Hari



Tahukah anda dengan adanya keyakinan diri, ia dapat membantu menjadikan hidup anda lebih bahagia dan berjaya? Keyakinan diri boleh terbentuk sama ada ketika anda berdepan dengan sesuatu yang memerlukan anda untuk membuat keputusan besar ataupun bagaimana anda menyesuaikan diri dengan suasana baru serta bagaimana cara anda menentang pengaruh buruk daripada rakan sebaya.
Untuk menjadi individu yang berjaya sama ada didalam pelajaran, kerjaya ataupun hidup anda perlu yakin dengan diri anda dan tahap kemampuan anda. Untuk itu adalah amat penting untuk anda tampil yakin setiap hari supaya apa yang anda bersemangat dan bermotivasi untuk melakukan sesuatu. Tanpa ada keyakinan di dalam diri anda tidak dapat melakukan sesuatu perkara itu dengan baik.
Berikut adalah tip yang boleh anda cuba dan praktikan untuk membina keyakinan diri anda.

1) Tarik nafas dan jangan terburu-buru

Berfikiran santai dan tidak stres kepada sesuatu perkara akan membuka minda anda untuk berfikir secara meluas. Ia juga membantu anda dalam memberi idea yang lebih menarik teantang sesuatu perkara apabila anda berfikir secara terburu-buru.

2) kenal pasti kekuatan anda

Jika anda merasakan anda langsung tiada kekuatan atau kemahiran, anda boleh cuba untuk menyenaraikan apa yang amnada suka lakukan dan menjadikannya sebagai kekuatan dalam diri anda.

3) Sentiasa Berfikiran positif

Semua orang di dunia ini tidak sempurna dan mempunyai kekurangan masing-masing. Anda tidak perlu merasa rendah diri dengan kekurangan anda. Kadangkala anda merasakan bentuk tubuh anda tidak menarik tetapi harus di ingatkan, masih ada orang lain yang lagi tidak memiliki bentuh tubuh menarik daripada anda. Jadi jangan takut untuk merasakan diri anda cantik.

4) Jangan letakkan had pada diri

Satu sebab utama yang menyebabkan anda tiada keyakinan diri ialah anda meletakkan had kepada diri anda untuk melakukan sesuatu perkara. Contohnya, jika anda tidak mendapat markah tertinggi di dalam kelas, jangan fikirkan had anda hanya setakat itu sahaja.
Anda harus berusaha lebih lagi kerana usaha itu tangga kejayaan. Anda pasti akan mendapat markah tertinggi sekiranya anda berusaha bersungguh-sungguh. Yakinlah bahawa setiap orang pasti berjaya dengan adanya usaha.

5) Raikan kejayaan anda walaupun kecil

Meraikan kejayaan anda bersama-sama dengan keluarga atau sahabat handai boleh mendorong anda untuk menjadi lebih berjaya. Walaupun kejayaan anda hanyalah dengan lulus ujian memandu sekalipun ataupun anda berjaya memberikan ucapan di atas pentas, itu juga merupakan kejayaan buat diri anda.
Tidak salah untuk anda meraikannya kerana itu akan membantu anda menjadi manusia yang lebih yakin. Bukan semua orang boleh buat apa yang anda buat.

6) Hargai diri anda setiap hari

Fikirkan perkara baik yang anda buat setiap hari. Antaranya bangun awal pagi, senyum kepada orang yang tidak dikenali, menelefon dan bertanya khabar kepada ahli keluarga anda yang lain serta banyak lagi.
Itu membuktikan bahawa banyak lagi perkara baik yang anda boleh capai dalam satu hari dan ia merupakan sesuatu yang boleh anda banggakan. Anda akan boleh melangkah dengan lebih yakin dengan memikirkan tentang perkra baik yang telah anda lakukan.
Secara kesimpulannya, jadilah orang yang sentiasa yakin dalam apa jua keadaan sekiranya anda ingin menjadi orang yang berjaya. Tanpa keyakinan di dalam hidup anda apa jua yang anda lakukan memang akan menjadi sia-sia dan tidak berbaloi. Semoga anda berjaya membina keyakinan di dalam diri anda dan seterusnya menjadi orang yang berjaya dan bermotivasi.



Sumber dari Nota Hati

Layan jap... hahaha

Monday, April 16, 2012

Sunday, April 15, 2012

Why I Love Him?

Cinta itu apa sebenarnya?
Ramai orang bagi definisi cinta tapi susah nak faham. Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin memberi kaedah yang mudah. Tq ulamaku.
"Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab."
Sebab?
Why?
Sebab adalah nyawa cinta.
Tanpa sebab, matilah cinta.
Sebab sembarangan hanya menumbuhkan cinta sembarangan.
Cinta abadi memerlukan sebab yang abadi.
Tertipulah orang yang anggap cintanya suci dan abadi tapi sebabnya pada sesuatu yang tidak abadi...
sebab dia pandai...
sebab dia cantik...
sebab dia hebat...
Sedangkan Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi cinta nombor satu.
Kalau dia pandai. Allah Maha Pandai.
Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik.
Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat.
Allah yang ciptakan dia dan semua mahkluk hebat di dunia ini.
Allahlah patut duduk nombor satu dalam sebab cinta kita.
Kalau 'sebab' kita cinta dia kerana Allah, maka tunjukkan pada Allah, apa buktinya?
Sudah tentu buat apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang.
Apa dia?
Perlu ke majlis ilmu untuk tahu, bacaan berfaedah dan dekati orang-orang soleh.
Jom!

Sunday, January 1, 2012

Renung-renungkan.... (@_@)


msj seorang kekasih kpd kekasihnya.....

permpuan: awk,nape awk x penah ajak sy tengk wayang,kuar jalan2,macam pasangan lain?

lelaki: saje....

perempuan:saje? awk malu ke nk kuar ngan sy?

lelaki: mana ada....

perempuan: nape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?

lelaki: sebab sy nk jimat kredit.....

perempuan: sampai hati awk....nape kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

lelaki: geli la perkataan tu....

perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya...beberapa minit kemudia dia menerima satu msj...

lelaki: sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang n jalan2 sbb ti bila kita dh kawin,awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy...dan sy nak saat tu nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dlm hidup sy.....saya x nak gayut ngan awk mlm2 bukan sebab sy nk save k dit ke ape tapi sy tak sy hanyut dgr suara merdu awk,biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akn lebih menghargainya....sayaa tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya,dan dpt menjaga hati saya dari tergoda....saya sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orng lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri....

perempuan: sambil menangis(terima kasih bakal suamiku)aku sangat menyintaimu...

Sunday, December 25, 2011

Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin

Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 
Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.

I'm Back!!!

Hai assalamualaikum semua!! I'm back!! Haha! Lama giler aku tak jenguk blog lejen aku yang berkurun lama ni kan? Busy sungguh nak...