Saturday, September 12, 2015

Buku

Buku.

Ada apa dengan buku?

Aku suka baca buku. Fullstop.

Membaca amalan mulia. Aku perlukan buku dalam kehidupan aku.

Sejak dulu, kini, selamanya.

Bermula dengan novel remaja, bacaan ilmiah dan kini FIXI. Novel indie yang tengah hot sekarang.

Dulu aku tak kenal atau tahu langsung tentang FIXI. 

Kini, aku dan FIXI tak boleh dipisahkan. Kenapa?

Sejak kawan aku kenalkan FIXI or fiksi ni, aku rasa aku akan cari lagi buku-buku FIXI ni.

Sesiapa yang tak biasa dengan cara penceritaan dalam FIXI ni mungkin tak selesa membacanya.

Bagi aku, FIXI adalah sempoi, terang dan jelas bahasa penceritaannya. Kasar tu tak dapat dielakkan dengan FIXI. Kalau perasan mesti ada juga sikit kekasaran bahasa disitu.

Paling best tajuk-tajuk novelnya. Hanya 1 perkataan je. Simple. Padat. Paham.


Nah! Ini koleksi FIXI yang aku ada. Lejen Press juga ada disitu.

Baru nak berjinak-jinak dengan mereka. Mereka? Ya mereka adalah FIXI dan Lejen Press.

Novel FIXI yang aku beli ialah Cerpen oleh Shaz Johar. Dan seterusnya aku tetap nak cari Shaz Johar punya. Kenapa? Aku tertarik dengan cara penulisan beliau.

Dan... Setakat ni aku baru ada 3 buah buku beliau: Sanctuaria, Cerpen dan Kombo Kougar+Tabu. Mental belum mampu membelinya (bukan sebab mahal tapi sebab belum berapa nak berani lagi).

Kedua, aku minat penulisan Nadia Khan. Kelabu novel pertama beliau aku beli. Watak dalam cerita tu awal-awal memang aku tak sangka rupanya nangka. Maksud aku, lain aku pikir lain rupanya jadi.

Lejen Press aku baru ada 3 buah buku: Kopi Lejen, Kopi'ah dan Jiwa Kacau.

FIXI dan Lejen Press banyak jual di MPH. Popular? Setakat aku tengok memang takde. Aku biasa beli kat MPH.

Sekarang? Order sajalah senang. Semua dapat. Cepat. Mudah. Efisien. Pantas. Pos hari ni, esok sampai. Kat mana?

FIXIGASM.

Ramai je penjual buku FIXI. Tapi aku pilih FIXIGASM. Terpulang. Sila cari di Insta. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda Ye! (^_^)v

I'm Back!!!

Hai assalamualaikum semua!! I'm back!! Haha! Lama giler aku tak jenguk blog lejen aku yang berkurun lama ni kan? Busy sungguh nak...