Assalamualaikum...
Maaflah dah lama aku tak update entri blog ni. Masa tidak mengizinkan. Hari ini aku rasa ringan lak jari jemariku nak menaip kat ipad ni. Hahaha... Baiklah, mari kita kongsikan kisah tentang, Kawan vs Sahabat? Apakah yang aku cuba sampaikan? Lets...
Antara kawan dan sahabat mempunyai erti kata yang berbeza. Nampak macam sama tapi tak serupa. Apa yang akan aku kongsikan disini datangnya dari aku sendiri.
Aku ada ramai kawan, tetapi aku tidak mempunyai ramai sahabat. Bagi aku tak semua kawan boleh jadi sahabat dan tak semua sahabat boleh menjadi kawan. Sahabat yang aku maksudkan ialah yang memahami cara dan perangai aku. Sedia mendengar dan berkongsi segala cerita serta masalah. Namun begitu, tak semua masalah boleh dikongsikan. Terutama yang terlalu personal.
Buat masa sekarang ni, aku ada beberapa orang yang rapat dengan aku dan layak dipanggil sahabat. Kebiasaannya yang rapat dengan aku adalah yang sekepala dan gila-gila macam aku juga. Dari masa aku diploma kat EDI Melaka dulu sehinggalah kini semasa di AMTIS. Di bawah ni aku kongsikan gambar bersama teman-teman rapat/istimewa, sahabat dan kawan-kawan aku dari dulu, kini dan selamanya.
Jika ada yang terbaca blog aku dan lihat gambar mereka tiada, itu bukan bermakna korang bukan kawan aku, korang tetap kawan aku.. Tapi apa yang aku kongsikan disini adalah mereka yang paling rapat dan mengenali serta memahami aku seadanya. Tak lupa juga untuk mengenang kembali kawan-kawan lama yang masih ada dan telah tiada.
Jika ada yang terbaca blog aku dan lihat gambar mereka tiada, itu bukan bermakna korang bukan kawan aku, korang tetap kawan aku.. Tapi apa yang aku kongsikan disini adalah mereka yang paling rapat dan mengenali serta memahami aku seadanya. Tak lupa juga untuk mengenang kembali kawan-kawan lama yang masih ada dan telah tiada.
![]() |
Umairah, geng yang sekepala dan gila-gila macam aku. Dia paling paham aku camne. Kami selalu kongsikan sebarang masalah dan sebagainya bersama. Dia pun dah nak kahwin dah hujung tahun ni. |
![]() |
3 minggu dia cuti tinggalkan aku sebab terkena denggi, alhamdulillah dia dah sihat sekarang. |
![]() |
Ain, kalau dia takde memang tak best. Suka usik dia kadang-kadang. Jangan marah ye Ain.. hehe... Walaupun dia telah meninggalkan AMTIS tapi dia tetap datang bila ada task yang perlu diselesaikan. |
Haha.. Ni student praktikal kat opis aku tau jangan salah paham lak, Taufik namanya. Masa ni aku suruh dia drive sebab aku pening kepala dan mata. Aku dah anggap dia macam adik aku dah, sebab aku pun takde adik kan. Dia ni sentiasa tersenyum... Kalau nak marah pun tak jadi... Senyum tu kan sedekah katanya. Dia ni kadang rajin memasak setiap hari bawa bekal ke opis... Esok-esok bawaklah tapau lagi ye! :p |
![]() |
Haha.. Ni gambar kami selfie masa baru pindah ke opis baru. Rajin lak dia edit gambar ni, lawak la dik.. Hehehe... Nanti kita selepie lagi ye! |
![]() |
Tu dia geng Selpiaq sudah mari... hahaha... Ayu, Shirely, Ika, Umai dan aku. Kami pantang jumpa kamera, see? Inilah jadinya. Kamera pun pantang nampak muka kitorang. Hehehe.... Selfie everywhere! :P |
![]() |
Last day intern for Ayie minggu lepas. Takde dah assistant designer aku kat AMTIS. Takpelah... nanti datang lagi ye Ayie.. hehehe.. |
![]() |
Ainnn.... Nama dia pun Ain juga, ex-praktikal di AMTIS dari UTM Skudai. Sempat singgah opis aritu. Rindu nak lepak sama-sama kat loteng macam dulu. Ops! Loteng? |
Ada lagi aku nak share disini tapi aku tak jumpa gambarnya. Sahabat-sahabatku dari IGS College (2004) dan UNITAR Kelana Jaya (2004-2005). Aku tak lupakan korang semua, masing-masing dah bawa haluan dan berkeluarga. Hanya FB sajalah penghubung yang ada dengan korang. Keep in touch ok! (^_^)
Oklah panjang sangat entri aku kali ini rasanya. Tujuan aku untuk menghargai erti persahabatan selama ini. Bukan semua orang boleh dijadikan kawan baik melainkan dia menerima diri dan cara kita seadanya. Kenali diri kita serta memahami. Bukan senang kan? Tak apalah, selagi orang boleh terima diri kita, buat macam biasa. Jadilah diri sendiri bukannya orang lain. Insyaallah... Love u all...
"Remember you are alone, remind yourself that Allah had sent everyone away so that it's only you and him"
Andaikata kita tiada siapa-siapa pun di dunia ini, Allah itu ada. Sentiasa ada bersama kita.
-azneeta ateenza-